LOKATECH Engineering dan EFKON Lancar Pembaca Tol Terbina Dalam-LokaTAG Yang Pertama

LOKATECH Engineering Sdn Bhd, dengan kerjasama EFKON, penyedia teknologi dari Austria bagi sistem kutipan tol elektronik inframerah di seluruh Malaysia, melancarkan pembaca tol terbina dalam yang PERTAMA untuk segmen selepas pasaran.

EFKON Asia director Helmuth Blasch and LOKATECH Engineering GM Ng Shyh Kang_1

Dijual pada harga RM499 seunit, peranti pembaca tol terbina dalam LokaTAG menawarkan alternatif kepada penggunaan MaxTAG mudah alih yang dilancarkan dalam bulan Oktober 2018.

Web

LokaTAG direka supaya dapat disepadukan dengan kenderaan pengguna bersama dengan sambungan terus kepada bateri kenderaan. Sesuai untuk semua jenis kenderaan, ia menampilkan paparan dengan pencahayaan belakang yang tahan lama yang memaparkan amaran ralat atau kekurangan kredit.

Menerusi usahasama dengan Shopee Malaysia (www.shopee.com.my), bagi setiap pembelian LokaTAG dari gedung rasmi dalam talian LokaTAG, pembeli di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor akan dapat menikmati pemasangan percuma di lokasi mereka, di samping Pelan Bayaran Mudah 0% hanya dengan tambahan RM1. Pelanggan di luar kawasan tersebut pula boleh memasang LokaTAG mereka secara percuma dengan pengedar berdaftar yang terpilih.

Menurut Pengarah EFKON Asia Sdn Bhd Helmuth Blasch, jualan MaxTAG yang begitu laris sejak diperkenalkan pada tahun lepas serta pesanan yang kian meningkat bagi peranti pembaca tol terbina dalam oleh pengeluar kereta menunjukkan bahawa sistem inframerah tetap menjadi pilihan pengguna lebuh raya kerana telah terbukti dari segi kebolehpercayaan dan kecekapannya.

“Sambutan pasaran terhadap peranti MaxTAG mudah alih cukup menggalakkan di mana purata jualan bulanan mencecah 12,000 unit. Bagi peranti pembaca tol terbina dalam pula, kini terdapat lima jenama kereta terkemuka yang menggunakan produk kami yang dibuat khusus. Beberapa jenama lain bakal turut serta tidak lama lagi. Kini purata jualan bulanan untuk kedua-dua jenis peranti (mudah alih dan terbina dalam) berjumlah 25,000 unit,” ujar beliau.

Pengurus Besar LOKATECH Engineering Sdn Bhd Ng Shyh Kang yakin dengan potensi dalam segmen selepas pasaran yang masih belum diterokai.

“LokaTAG merupakan peranti pembaca tol terbina dalam bagi segmen selepas pasaran yang pertama dan yang diiktiraf dan kami percaya bahawa ramai pemilik kereta yang akan menghargai ketenangan fikiran dan perjalanan lancar yang bakal dialami. Untuk peringkat permulaan, kami menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit sebulan,” kata beliau.

Menurut Blasch, EFKON sentiasa membuat pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan ciri-ciri peranti pembaca tol elektronik inframerah. Ini termasuk melengkapkan peranti dengan ketersambungan Bluetooth dan keupayaan amaran suara pada masa akan datang. Ketersambungan Bluetooth akan membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti pembaca tol dengan menggunakan telefon pintar dan system media kenderaan.

“Kami menjangkakan sistem kutipan tol elektronik inframerah akan terus memainkan peranan yang penting di negara ini. Sistem ini terbukti sebagai sistem kutipan tol tanpa tunai yang paling boleh diharap, cekap, mudah dan efektif dari segi kos dalam membantu melancarkan aliran lalu lintas berbilang lorong di lebuh raya di Malaysia,” kata beliau.

Dihasilkan dalam tahun 1997 dan dikeluarkan untuk penggunaan di seluruh negara dalam tahun 2005, sistem kutipan tol inframerah di lebuh raya Malaysia ini dikenali umum sebagai SmartTAG.

Untuk maklumat lanjut mengenai LokaTAG, sila layari www.lokatag.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s