Tawaran pelan terkini daripada Financial Genius Group (FGG Group) dan FWD Takaful Berhad atau dahulu dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad ini bakal memberi banyak kelebihan pada orang ramai!
Ia dilakukan menerusi kerjasama strategik kedua-dua pihak yang ingin terus cemerlang memberi perkhidmatan dalam perancangan dan perlindungan kewangan untuk pengguna di Malaysia.
FGG Group yang beroperasi di Bukit Damansara mempunyai pengalaman selama lebih 16 tahun dalam industri kewangan. Menerusi jenama terkenal mereka FGG, telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama FWD Takaful pada 31 Julai lalu sebagai rakan strategik dalam memberi perkhidmatan perancangan dan perlindungan kewangan takaful yang bersesuaian dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia.
MoU ditandatangani bersama Ketua Pegawai Eksekutif FGG Froup, Dato’ Sri Mahadi BZ dan Pengarah Eksekutif FWD Takaful Berhad, Tuan Salim Majid Zain dan disaksikan oleh panel syariah FGG.
Dalam masa sama , FGG Group turut melancarkan entiti terbaharu yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu:
- FGG Wealth Al-Khassah (VIP Private wealth Islamic)
- FGG Islamic Entrepreneur Academy (seminar dan program motivasi)
Sejajar dengan perkembangan terbaharu itu, FGG Group telah melantik EMPAT panel syariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan negara iaitu:
- Prof Madya Dato’ Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
- Ustaz Dato’ Mohd Zawawi Yusoh
- Ustaz Shahul Hamid M.P.H. Seeni
- Ustaz Fauwaz Fazil Noor
Perlantikan keempat-empat panel syariah ini adalah berlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia.
Dengan itu, panel-panel syariah ini akan bertindak sebagai pemantau holistik dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhan.
Leave a Reply