Kerjasama ini juga bersesuaian dengan kedudukan Malaysia yang kini berada di tempat KETIGA dunia sebagai h tenaga hab solar atau tenaga suria. Industri solar juga bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus menjadikan tenaga alternatif itu antara sumber ekonomi negara.
Permaju Industries Bhd, pedagang kenderaan bermotor dan pemaju hartanah bakal membuat pelaburan sebanyak RM380 juta untuk membina fasiliti penjanaan tenaga di Negeri Sembilan.
Difahamkan pembinaan fasiliti solar ini akan dilakukan dengan usahama bersama antara Permaju dan Vsolar Group Bhd, syarikat yang berada dalam senarai ACE Market bagi tenaga yang boleh diperbaharui, penjanaan tenaga photovoltaic dan firma perkhidmatan kejuruteraan.
Menurut Permaju, satu perjanjian telahpun ditandatangani antara anak syarikat mereka iaitu Genbayu Gemilang Sdn Bhd dengan unit dari kumpulan Vsolar iaitu Solar Interactive Sdn Bhd pada 4 September.
Tambah syarikat ini lagi, kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam membangunkan fasiliti solar dengan penggunaan kapasiti sehingga 90 megawat (MW) di Seremban.
Dalam perjanjian itu juga, pembangunan fasiliti solar itu akan merangkumi kilang solar dengan Skala Besar Solar Photovoltaic (PV) di kawasan seluas kira-kira 300 ekar yang mana tanah itu kepunyaan Genbayu di Setul.
Kilang PV memerlukan penggunaan sel PV juga dikenali sebagai sel solar yang banyak untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Jika kilang menghasilkan lebihan tenaga sebanyak 500 kW, mereka akan mengambil langkah dengan mengguna step-up transformers.
Untuk mengembangkan fasiliti solar itu, Genbayu dan Solar Interactive akan menubuhkan sebuah syarikat yang akan bergabung bersama.
“Permaju dan Vsolar buat masa ini sedang menyasarkan keuntungan tiga kali ganda yang bakal diterima hasil usahama bersama ini. Dan kerjasama ini berpotensi menigkatkan lagi keuntungan apabila ia semakin berkembang nanti.” menurut sumber terdekat Permaju.
Tambah sumber terdekat itu lagi, buat permulaan fasiliti solar itu mengguna 117MW panel PV, yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kira-kira 400Wp produk panel solar (lebih kurang 293,000 keping).
Tenaga yang dihasilkan oleh kilang PV akan dijual kepada Tenaga Nasional Bhd, seperti yang termaktub dalam perjanjian pembelian tenaga yang bakal dimeterai tidak lama lagi.
Sumber terdekat itu juga menyatakan bahawa fasiliti solar akan menjadi subjek untuk penyelidikan kelayakan muktamad, keupayaan untuk pembiayaan dan keupayaan untuk menghasilkan kuota oleh pihak berkuasa yang terlibat.
Solar Interactive pula akan bertanggungjawab dalam mendapatkan perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan dalam masa sama mendapatkan pembiayaan bagi pembinaan fasiliti solar, seperti mana yang diterangkan oleh sumber terdekat berkenaan.
“Permaju percaya Solar Interactive mempunyai kepakaran yang diperlukan dalam hal-hal berkaitan kejuruteraan memndangkan mereka mempunyai pengalaman menyiapkan fasiliti jana kuasa Tenaga Solar di Kinta, Perak, menjadikan Solar Interactive mempunyai keupayaan untuk memberi dan mendapatkan kepkaran yang diperlukan untuk membina projek solar ini.”
Leave a Reply