Hiburan Terbaru Dengan ASTRO Ultra Box

Bercirikan 4K UHD, Rakaman Awan dan Paparan Terkini, Strim lebih 50,000 program dan Rakaman program tanpa had secara serentak dan simpan di awan untuk tontonan pada mana-mana peranti, set Astro Ultra Box baharu ini lebih nipis dan bergaya dengan alat kawalan jauh bercirikan generasi hadapan.

Photo 3 (9)

Pengalaman Ultra merangkumi ciri-ciri lain seperti:

  • cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan
  • fungsi play from start
  • keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak.

Photo 2 (11)

 Ultra Box juga membolehkan peminat sukan untuk menikmati UEFA EURO 2020, Liga Perdana, Formula 1 dan La Liga dengan pengalaman 4K UHD pertama di Malaysia.

Photo 1 (20)

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata,

“Kami berada di landasan untuk terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang terbaik buat pelanggan kami menerusi kandungan, kemudahan OTT dan pengalaman menonton di rumah. Hari ini merupakan perjalanan baru di mana Ultra Box membawa hiburan ke tahap seterusnya yang membolehkan 4K UHD, rakaman awan, play from start dan paparan baharu yang dapat meningkatkan pengalaman hiburan di rumah melalui skrin besar. Para pelanggan boleh menaik taraf ke Ultra Box untuk menikmati pengalaman baharu ini. Pengalaman Ultra juga diperluaskan melalui Astro GO yang disediakan secara percuma kepada semua pelanggan. Pelanggan hanya perlu memuat naik aplikasi dan strim program-program kegemaran mereka!

Lebih separuh juta pengguna di rumah mempunyai TV 4K di mana 70% adalah pelanggan Astro. Pelancaran Ultra Box tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pengalaman 4K UHD. Di samping itu, pertubuhan komersil dalam sektor hospitaliti, runcit serta makanan dan minuman bakal menerima peluang baik untuk menyediakan pengalaman 4K UHD kepada peminat-peminat sukan dan kandungan lain.”

 

Ultra Box menggunakan teknologi sistem hibrid dan capaian internet. Satelit pula memancarkan kualiti terbaik 4K. Sambungan Ultra Box ke internet membolehkan interaksi dan keupayaan untuk menyalurkan kandungan pada bila-bila masa mengikut permintaan. Astro turut menawarkan hiburan yang menarik dan pakej jalur lebar.

Dengan kelancaran dan pelarasan paparan pada kedua-dua Ultra Box dan Astro GO, pelanggan dapat menikmati pengalaman tontonan yang dipertingkatkan seperti berikut:

  • Astro Cloud Recording: Boleh didapati melalui Ultra Box baharu dan Astro GO. Ini bermakna, pelanggan boleh merakam pelbagai program secara serentak melalui Ultra Box atau menerusi Astro GO dan simpan di Astro Cloud yang boleh diakses pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa. Pelanggan diberikan 200 jam penyimpanan HD secara percuma dan boleh ditambah sehingga 1500 jam pada harga RM15 sebulan.
  • New Home Screen: Membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan di stor (Store).
  • Discover and Stream VOD: Sambungkan Ultra Box ke internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO.
  • Search: Carian mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak- kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Cari mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran.
  • Multi-screen and Stop Here, Continue There: Hentikan program pada satu peranti dan sambung semula program anda di peranti lain.

Naik Taraf Percuma kepada Pelanggan dengan langganan RM100 ke atas

Pelanggan dengan langganan bulanan sebanyak RM100 dan ke atas boleh menaik taraf secara percuma. Pelanggan perlu menyambungkan Ultra Box ke internet untuk menikmati lebih daripada 50,000 video on demand, cloud recording dan faedah lain.

Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang bersesuaian. Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan Astro & Broadband menerusi tawaran kami.

Sila rujuk maklumat harga seperti di bawah:

Harga Pemasangan Ultra Box Pelanggan Semasa Pelanggan Baharu
Harga Pakej Langganan Bulanan ≥ RM100 PERCUMA RM99
Harga Pakej Langganan Bulanan < RM100 RM199

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 7490 8000 atau layari http://www.astro.com.my/ultra. Ikuti perbualan tentang Ultra Box melalui media sosial dengan tanda pagar #AstroUltra

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: