Festival muzik Melayu yang diperkenalkan oleh Adi MediaPte :tdĀ adalah festival muzik yang pertama seumpamanya dan terbesar di Singapura.
Bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari di Palawan Green, Sentosa, festival muzik ini akan bermula pada pukul 3 petang hingga 10 malam.
Adi Media merupakan pencipta bazar popular selebriti Celebfest serta festival makanan dan beli-belah, Twilight:Flea & Feast dan kini bakal menganjurkan StereoFest pada tahun 2020 yang mana ia akan menjadi perayaan muzik Melayu yang pertama dan terbesar di Singapura!
Bakal diadakan selaam DUA hari, StereoFest akan menampilkan 20 barisan artis popular dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Antara artis fasa pertama yang akan tampil di pentas StereoFest adalah:
- New Boyz, Zee Avi & Ayda Jebat (Malaysia)
- Jaz (Indonesia)
- ANBS: Hyrul Anuar, Syed Azmir and Fauzie Laily (singapura)
Manakala artis fasa kedua adalah:
- Judika (Indonesia)
- Andi Bernadee, Ismail Izzani & Elizabeth Tan (Malaysia)
- Rahila Rashun (singapura)
Selain persembahan, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai tawaran makanan dan minuman daripada vendor terkenal tempatan di Festival ‘Village’. Di sini juga akan menempatkan beberapa stor yang menawarkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh famili dan masyarakat.
“Kami berharap agar StereoFest dapat meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau ini dan juga menyediakan platform bagi penyanyi tempatan untuk berada di pentas yang sama dengan artis terkenal. Pada masa sama, kami ingin memberikan peminat destinasi yang membolehkan mereka menonton dan menikmati kesemua artis mereka.” ulas Dian Rasid, Pengarah urusan Adi Media Pte Ltd.
Harga tiket adalah berikut:
- Tiket Biasa 1 Hari: SGD 68 (RM204)
- Tiket Biasa 2 Hari: SGD 128 (RM384)
- Tiket VIP 1 Hari: SGD 198 (RM594)
- Kemasukan VIP 2 Hari (dengan Meet & Greet): SGD 368 (RM1,104)
- Diskaun diberikan bagi tempoh terhad sahaja: Harga asal SGD 98 dan SGD 168
Selain festival muzik yang amat dinantikan, Adi Media juga bakal menjalankan StereoSearch, sebuah pertandingan mencari artis rakaman untuk industri muzik Melayu. Pertandingan ini akan diadakan dalam talian bagi peringkat awal. Lapan penyanyi akan mengadakan persembahan secara langsung di CelebFest pada Disember nanti, satu lagi acara yang sinonim dan signature anjuran Adi Media.
Pertandingan ini akan diadili oleh juri profesional industri muzik Malaysia dan Singapura. Juara akan membawa pulang hadiah bernilai SGD 10,000, perjanjian rakaman EP (extended play) dan slot persembahan di StereoFest.
StereoFest juga berbangga memperkenalkan Wanderlost Lounge sebagai rakan minuman rasmi. Wanderlost Lounge adalah satu-satunya penyedia minuman untuk acara StereoFest dengan menyediakn pelbagai minuman seperti kraf bir tanpa alkohol, minuman koktel tanpa alkohol dan sparkling wain tanpa alkohol. Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan koktel tanpa alkohol bertemakan StereoFest yang dihasilakn daripada barisan arak non-alkohol, Sifar Botanicals.
Tiket dan maklumat lanjut boleh didapati di http://www.steresofest.asia, Instagram (@stereofest.asia) dan FB stereofest.asia
Leave a Reply