Bollyboom DILJIT DOSANJH Bakal Live di Malaysia Bulan Ini

Ia merupakan kali pertama kemunculan penyanyi popular dari India di negara ini dan semestinya dinanti-natikan oleh penyanyi dan peminat penyanyi tersebut.

dav

Dibawakan oleh HITMAN SOLUTIONS, konsert “BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYSIA 2019” bakal diadakan pada Jumaat, 13 Disember, pukul 8 malam di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

hdr

Penyanyi berusia 35 tahun ini bukan sahaja terkenal kerana lagu-lagunya malah adalah pelakon dan pengacara TV yang dikenali ramai di India dan juga selebriti sosial media industri Hindi dan Punjabi. Anak kelahiran Punjab, India ini memulakan perjalanan seninya pada tahun 2004 melalui album Ishq Da Uda Ada.

“Hello Malaysia, kepada rakan media dan peminat di Malaysia, saya berasa sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama. Saya sangat bersedia menggegarkan semua dengan lagu-lagu hits saya. Sudah banyak yang saya dengar tentang Malaysia. Dan kali ini tiba masanya saya mempersembahkan pada kalian bagaimana “heavyweight bhangra’ dilakukan. Jangan lupa bersama-sama saya pada 13 Disember ini. Saya akan muncul bersama full band saya. Kita akan bersama-sama menjadikan hari tersebut sebuah hari bermakna buat kita semua. Jumpa nanti, Malaysia.”ujar Diljit.

Konsert ini bakal menyaksikan penerima anugerah ‘Most Popular Song of the Year’ dan ‘Best Bhangra Song of the Year’ Anugerah Muzik Punjabi PTC ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Do You Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat di Gedi dan banyak lagi.

Diljit Dosanjh sudahpun meraih 20 anugerah sepanjang bergelar penyanyi, 7 anugerah melalui lakonan, 13 buah album, 21 buah filem Bollywood dan Punjabi serta 40 buah single sepanjang kariernya.

Lagu bertajuk Laembadgini sudah ditonton sebanyak 253 juta kali di laman You Tube diikuti dengan lagu DO You Know sebanyak 139 juta kali dan Patiala Peg sebanyak 136 juta kali.

Tiket berharga RM249 (tiket biasa) masih boleh dibeli secara online. Tiket ‘early bird’ berharga RM199 dan RM249 serta tiket RM299 (premium)telah habis dijual.

Untuk pembelian ‘pakej’ upper deck, bolehlah menghubungi taloan +60125015783/+60123805783 untuk tempahan memandangkan penjualan tiket telahpun bermula pada 4 November lalu.

Maklumat lanjut mengenai konsert:

  • Tarikh: 13 Disember 2019
  • Masa: 8 malam
  • Tempat: KL Live, Life Centre KL
  • Harga tiket: RM249 (biasa), RM299 (premium-sold out), RM199 dan RM249 (early bird-sold out)
  • Tiket: http://www.myticket.asia
  • F&B Partner: Tandoor Grill KL
  • Money Transfer Partner: RIA IME Sdn Bhd
  • Airline Partner: Malaysia Airlines
  • Digital Partner: Seamless
  • Disokong oleh: Trish Events dan Palvin Productions

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: