Tak sangka bila berbelanja di Avenue K, anda boleh memenangi pelbagai hadiah istimewa antaranya telefon Samsung Galaxy Note 10, iPhone 11 dan yang menarik sekali anda boleh bawa pulang Kereta Nissan Almera Auto 1.5E Black Series!

Ya, itulah yang berlaku pada minggu lepas di pusat beli-belah Avenue K yang telah mengadakan sesi Cabutan Bertuah secara langsung pada pelanggannya sempena majlis “AK Let Me Win’ yang diadakan di pentas utama yang terletak di Atrium, GF.
Pelanggan hanya perlu membeli-belah sebanyak RM150 (RM100 untuk ahli AK Neighbour) dalam satu resit bermula 1 Mac lalu sehingga 31 Ogos, seterusnya layak memasuki Cabutan Bertuah AK Let Me Win!

Sebanyak lebih 1,000 penyertaan diterima dan mereka dijemput untuk menghadiri Cabutan Bertuah berkenaan yang diadakan pada 12 September 2020.
Antara yang menyumbang hadiah-hadiah saguhati berupa baucar bernilai RM1,000 untuk pertandingan ini adalah Fitness First, Fire Fitnes, Sephora, Village Grocer, Max Fashion, Skechers, Leather Avenue dan New Image.

Tiga pemenang utama telah dipilih dan Shirley Ong yang diwakili anak lelakinya memenangi hadiah utama berupa kereta Nissan Almera, manakala How Lye Neo memenagi iPhone 11 dan Fong Meow Lee membawa pulang Samsung Galaxy Note 10.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
Leave a Reply