Belian Kereta Terpakai Kini Mudah Dengan Carsome di Shopee

Carsome, platform dagangan kereta terpakai dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, menyertai ruang e-dagang untuk menjual kereta terpakai secara dalam talian melalui usaha sama dengan Shopee, platform e-dagang nombor satu di Malaysia.

Kini, pengguna yang ingin membeli kereta terpakai mempunyai pilihan premium yang eksklusif di platform Shopee. Semua kereta yang disenaraikan untuk jualan telah diperakui oleh Carsome , lengkap dengan maklumat spesifikasi kereta dan gambar dari pelbagai sudut, serta didatangkan dengan waranti setahun dan jaminan pengembalian wang dalam tempoh lima hari.

Di samping itu, pengguna Shopee boleh membeli baucar tunai bernilai RM500 pada harga promosi istimewa iaitu RM199 dan menggunakannya untuk menjelaskan bayaran pendahuluan bagi kereta pilihan mereka.

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng, dengan usaha sama ini, gedung rasmi Carsome di Shopee merupakan kedai dalam talian yang pertama di Malaysia yang menjual kereta terpakai.

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Shopee yang menyokong usaha kami untuk membentuk semula dan mempertingkatkan pengalaman membeli kereta terpakai menerusi pendigitalan.”

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata,

“Kami mengalu-alukan penyertaan Carsome dalam rangkaian jenama dan rakan niaga Shopee. Usaha sama ini membolehkan kami menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. Kini, begitu mudah sekali bagi pengguna untuk meninjau dan mencari kenderaan.

Pelancaran kedai rasmi Carsome di Shopee juga bertepatan dengan 10.10 Shopee Brands Festival yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Aliran pelanggan yang lebih tinggi ke platform kami akan memberikan pendedahan kepada Carsome, dan Carsome boleh mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan kepada pengguna bahawa kini terdapat cara baharu untuk membeli kereta terpakai yang berkualiti.”

Pengguna boleh meninjau kereta dari Kedai Rasmi Carsome di Shopee di:

https://shopee.com.my/carsome.os.

Di sampng itu, mereka akan dapat menikmati pelbagai tawaran menerusi promosi pelancaran baharu yang sedang berlangsung, seperti:
● Barangan eksklusif Carsome bagi 100 pandu uji yang pertama.
● Program Diskaun Tukar Beli (Trade In): pelanggan yang sebelum ini telah menjual kereta mereka kepada Carsome akan dapat menikmati diskaun sebanyak RM500 apabila mereka membeli kereta dari Carsome.
● Promosi Rujuk Rakan Anda (Refer-A-Friend): pembeli kereta di Carsome boleh mengajak ahli keluarga dan rakan mereka untuk membeli kereta dari Carsome. Kedua-dua pihak akan mendapat ganjaran tunai yang berjumlah sehingga RM800.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s