PGMALL JALIN USAHASAMA BERSAMA JD WORLDWIDE, CHINA

Platform belian secara talian terkenal ini memperkenalkan Program ‘Jual ke China” hasil kerjasama dengan JD.com. peruncit jualan dalam talian terbesar di China. 

DSC_0294 edited

Tahniah PGMall!

Kerana bukan mudah untuk bekerjasama dengan JD.com yang mempunyai standard yang tinggi melalui komitmen produk berdasarkan kualiti, keaslian dan menawarkan kepelbagaian barangan daripada makanan hinggalah produk elektrik.

Program ‘Jual ke China’ ini memang bersesuaian dengan tagline PGMall “Bridging Local to the World” yang menyambungkan usaha peniaga-peniaga tempatan dalam menjual produk mereka ke pasaran yang lebih besar sehingga ke Negara China.

PGMall telahpun menandatangani perjanjian dengan JD Worldwide secara maya pada 27 Januari lalu.

DSC_0216 edited

“Banyak perniagaan tempatan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs) menghadapi masalah kewangan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020 yang disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19. Atas sebab itu, kami memahami kemelut yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ini yang memerlukan bantuan untuk membiayai sara hidup sepanjang krisis ini. Jadi kami mencari alternatif untuk membantu mereka-mereka ini. Jadi dengan adanya kerjasama dengan JD Worldwide, maka kami dapat membantu peniaga-peniaga tempatan memperoleh pendapatan agar mereka dapat membuat pusingan modal apabila mereka membuat jualan produk mereka pada platform jualan antarabangsa sekaligus membantu meningkatkan perniagaan mereka.

Biasanya platform jualan dalam talian yang sedia ada menjual produk-produk dari China, PGMall pula melakukan sebaliknya iaitu menjual produk tempatan pada pasaran di China. Salah satu objektif kami adalah untuk membantu perniagaan tempatan agar dapat mengembangkan potensi mereka ke pasaran luar secara ttak langsung membolehkan peniaga tempatan bangga menawarkan produk buatan mereka pada dunia antarabangsa dalam masa sama meningkatkan perniagaan mereka bersama-sama PGMall”

-Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau-Pengasas dan Pengarah Urusan PGMall

Program “Jual ke China’ menawarkan solusi satu pusat sehenti yang dapat memberi kepuasan pada kehendak penjual. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pendaftaran jenama dibawah JD, alih bahasa senarai produk ke bahasa Cina, kempen dan bahan pemasaran dan juga perkhidmatan khidmat pelanggan. Ia selari dengan proses yang diperlukan untuk memasarkan produk dengan JD Worldwide yang banyak mendatangkan manfaat pada peniaga-peniaga ini berbanding dengan jualan produk mengguna cara konvensional.

PGMall mensasarkan hasil keuntungan sebanyak RM600 juta pada hujung tahun ini. Kini PGMall telah menarik minat lebih 1 juta pembeli yang membeli daripada lebih 25,000 penjual di luar negara yang mana mereka membeli lebih daripada 2 juta produk daripada pelbagai kategori seperti barangan harian, barang kecantikan, elektronik dan pelbagai lagi. Namun China bukanlah satu-satunya negara yang menjadi tumpuan PGMall tetapi juga telah mengembangkan perniagaannya sehingga ke Indonesia yang merupakan pasaran e-perdagangan terbesar di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut,

Bagi yang  berminat menjual produk mereka melalui program ‘Jual ke China” boleh membuat pendaftaran di https://pgmall.my/JD-Worldwide

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: