True Aussie Beef Kaya Dengan Nutrisi Yang Seimbang Untuk Diet

Mesti ramai yang elak mengambil daging merah apabila berdiet, betul tak?

Tapi sebenarnya, mengambil daging merah tanpa lemak tiga hingga empat kali seminggu mampu memberi diet yang seimbang pada anda?

Ini kerana ia adalah sumber protein, zat besi, zink dan pelbagai lagi nutrisi yang baik untuk gaya hidup harian anda.

Aust Black Angus Striploin and Aust Beef Shabu-Shabu (2)

Daging lembu Australia misalnya bukan sahaja sedap dimakan dan boleh dipelbagaikan cara hidangan, ia memberi banyak nutrisi yang penting untuk gaya hidup yang seimbang.

Ini kerana lembu-lembu yang diternak di Australia ini diberi makan rumput-rumput dan bijirin organik di kawasan yang terbuka menjadikan daging yang dihasilkan rendah lemak serta kolesterol, tinggi kandungan Omega 3. Maka tidak hairanlah daging lembu Australia ini sesuai untuk daging Wagyu dan Angus.

Tahukah anda?

Industri daging merah di Australia mempunyai prestasi yang baik sebagai pembekal produk semulajadi yang bersih lagi selamat, mempunyai status bebas penyakit dan memiliki sistem kawalan dalam pengurusan makanan yang selamat.

portfolio-ausieprint1

Baru-baru ini, Meat & Livestock Australia (MLA) telah mengadakan siaran langsung Webinar bersama pengamal media dan penulis blog mengenai daging lembu Australia True Aussie Beef yang telahpun memasuki pasaran Malaysia. Daging halal Australia True Aussie Beef  ini memiliki sijil HALAL dan boleh diambil oleh masyarakat Islam memandangkan ia telah diberi sijil yang sah oleh badan yang bertauliah.

Siaran langsung webinar itu dihadiri oleh Sanjay Boothalingam, Kaunselor Pertanian Australia, Pesuruhjaya Tinggi Australia, Mary Easaw, Konsultan Pakar Diet dan Cef Victor Chow.

True Aussie Beef ini boleh didapati di pasar raya dan hipermarket dalam pek beserta logo True Aussie Beef pada pelekat pek. Daging lembu True Aussie Beef ini menwarkan stik berkualiti tinggi dengan 40% rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan utama mereka dalam mendapatkan daging lembu yang terbaik.

Australia juga menjadi pembekal daging lembu kedua terbesar di Malaysia dengan pasaran kira-kira 12% dan pembekal utama daging lembu sejuk kira-kira 90% dalam import daging lembu.

Maklumat lanjut, layari: https://www.trueaussiebeefandlamb.my/ https://www.mla.com.au/

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: