PLANTONIC Untuk Tanaman Hijau Anda

Perkenalkan produk yang PERLU ada jika anda ada dan gemar menanam aneka pokok di kediaman anda!

Plantonic - 500ml (1) copy

Plantonic adalah baja organik yang didatangkan dari Singapura. Bagi mereka yang menanam tumbuh-tumbuhan mahupun pokok hiasan di dalam rumah mahupun di halaman rumah, Plantonic merupakan baja yang dihasilkan mengguna bahan semula jadi sekaligus menjadikannya produk bukan toksik yang tidak membahayakan tanaman anda.

Selain bertindak menjadi baja bagi keperluan tumbuhan anda, Plantonic juga menghidupkan semula tanah, menghalau serangga, menghalang jangkitan fungus pada daun dan meningkatkan imunisasi pokok.

Plantonic - Lifestyle (2)

Sesuai dengan slogannya iaitu “Rawat Semula Jadi Dengan Semula Jadi”, Plantonic dihasilkan mengguna bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja yang membantu meningkatkan nutrisi pada pokok, sama sekali tidak menggalakkan penggunaan bahan kimia bertoksin yang ada pada kebanyakan produk pembajaan yang ada di pasaran. Ini menjadikan Plantonic selamat digunakan pada tumbuhan yang boleh dimakan dan selamat untuk persekitaran yang didiami oleh kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan.

Eric Tan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif dan Perintis Plantonic mendapat inspirasi menghasilkan produk itu setelah menemui beberapa petani di Vietnam, Thailand, Indonesia, China dan Romania di mana beliau telah mengadakan pemerhatian dan berbincang bersama mereka yang berpengalaman  secara tidak langsung mempelajari beberapa formula rahsia yang menjadi amalan petani-petani ini dalam menjadikan hasil tanaman masing-masing segar yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.

Eric Tan, CEO and Founder of Plantonic copy

Saya kemudiannya mengambil keputusan menggabungkan ilmu yang diperolehi daripada petani-petani ini bersama prinsip Ayurvedic dalam penghasilan Plantonic, mencipta produk yang tidak mengguna sebarang bahan kimia yang merbahaya, Produk semula jadi memang telah lama digunapakai sejak berkurun dulu di seluruh dunia dalam proses penyembuhan-maka saya percaya merawat tumbuhan-tumbuhan dan pokok hijau sebagai bahan hidup, maka kita perlu merawat benda semula jadi dengan bahan semula jadi juga”

Antara bahan semu jadi yang digunakan dalam penghasilan Plantonic adalah:

  • Shilajit-bahan yang dihasilkan daripada tumbuh-tu8mbuhan terurai yang biasa dijumpai di pergunungan Himalaya. Ia biasa digunapakai dalam perubatan Ayurvedic dan mengandungi bahan anti-bakteria semula jadi
  • Rumpai laut-Kaya dengan nutrisi seperti magnesium, potasium, zink, besi dan nitrogen. Ia memberi stimulasi pada pembesaran pokok
  • Akar Ginseng-bahan yang biasa dipakai dalam perubatan tradisional. Ia membantu meningkatkan imunisasi tumbuh-tumbuhan
  • Kulit buah-Ia mengandungi nutrisi yang membaikpulih tanah seperti potasium, kalsium, fosforus dan sodium. Ia berindak sebagai baja semula jadi yang efektif.
  • Ekstrak biji-Dengan kompaun anti-mikrobial, ia mengatasi jangkitan pada tumbuhan
  • Daun teh-Asid tannic yang ada dalam daun teh meningkatkan kualiti tanah

Datang dalam pek botol, Plantonic memastikan tumbuh-tumbuhan dan pokok yang anda tanam menerima nutrisi yang secukupnya agar membesar dengan sihat. Hanya menyembur Plantonic pada tanaman anda sekali seminggu bagi yang bersaiz kecil dan dua kali seminggu bagi pokok yang bersaiz besar, pokok anda pasti membesar dengan jayanya. Saiz botol yang kecil memudahkan ia disimpan, jadi anda yang mendiami kediaman yang kecil, tiada masalah ruang penyimpanan.

Sebagai merasmikan kehadiran Plantonic di Malaysia, beberapa botol produk ini disumbangkan kepada Taman Herba Tropika (TSG) di Pulau Pinang. Taman unik ini menjadi mercu tanda terpenting bagi pergerakan hortikultur. Memandangkan TSG mempraktikkan komitmen semula jadi sama seperti Plantonic, maka Plantonic memberi sumbangan produk semula jadi ini sebagai tanda sokongan. Taman Herba yang terletak di Teluk Bahang menempatkan lebih 500 kepelbagaian flora dan fauna dalam satu tempat menjadikannya salah satu lokasi eko-pelancongan pertama di negeri itu dan bertindak sebagai muzium bagi bio-diversiti untuk rakyat tempatan dan pengunjung antarabangsa.

“Saya sangat berbesar hati menyambut Plantonic di Malaysia. Dengan dasar syarikat yang mengguna bahan semula jadi dan mengambil berat dengan persekitaran alam semula jadi dalam menghasilkan tumbuh-tumbuhan, kehadiran Pantonic menambah kebaikan dalam suasana hortikultur di Malaysia”-Inch-Lim, Pemenang Anugerah di Malaysia, Pereka Laman yang juga Pereka TSG

Pendapat Melissa Tan, model dan Penyokong Kelestarian:

“Baja yang mengguna bahan kimia mendatangkan banyak keburukan pada tumbuh-tumbuhan dan menghakis tanah. Kita tidak lagi perlu menggunakannya dan beralih pada penyelesaian semula jadi”

Plantonic kini boleh didapati di platform e-perdagangan seperti Shopee (www.shopee.com.my/plantonic.os) dan Lazada (www.lazada.com.my/shop/plantonic).

Dalam masa 1 hingga 2 tahun akan datang, Palntonic bakal diperkenalkan di Eropah, Thailand, Indonesia, China dan Amerika Syarikat dan bulan September ini, ia telah berada di Hong Kong.

Maklumat lanjut, layari http://www.plantonic.sg

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: