Pesta Kopi KL & Blues Valley Jam yang bakal diadakan pada 4 dan 5 Disember idengan kerjasama Pasar Seni ini dianjurkan oleh Tempatan Fest yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan diterajui oleh Seir Rashid.
Selama DUA hari, usahawan kopi tempatan seluruh negara akan berkumpul dan menawarkan produk minuman kopi masing-masing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni dalam penyediaan kopi.
Pesta Kopi KL & Blues Valley Jam akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 9 malam di Kasturi Walk, Pasar Seni dan akan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan.
Antara aktiviti menarik sepanjang acara dua hari itu adalah:
- Persembahan kumpulan buskers, artis indie dan beberapa artis ternama
- Demonstrasi penyediaan kopi dan demonstrasi alat-alat penyediaan kopi oleh para vendor
- Jualan barangan penyediaan, aksesori dan produk kopi
Pesta Kopi KL ini tidak dapat dijayakan tanpa sokongan pihak-pihak seperti:
- Pasar Seni
- Kinabalu Peaks
- Peminat Kopi
- Sekolah Kopi
- Zenia Coffee dan Rasta Brew (Rakan Strategik)
- Avenue J Hotel (Hotel Rasmi)
- The Rakyat Post (Media Rasmi)
BLUES VALLEY JAM
Blues Valley Jam adalah acara konsert bertema alam sekitar kerjasama antara Blues Gang dan Tempatan Fest.
Ia tercetus sempena sambutan ulang tahun ke-48 Blues Gang bukan saja sebagai konsert ulang tahun tetapi juga dengan harapan ia menjadi acara tahunan dalam menyemarakkan rasa cinta dan peduli kepada kelestarian alam sekitar.
Untuk kali ini, acara ini akan diadakan secara maya pada 28 Disember 2021 bermula jam 4 petang sehingga 11 malam di laman rasmi Blues Gang – www.bluesgangofficial.com
Orang ramai yang berminat boleh membeli pas tontonan berharga RM22 (termasuk caj perkhidmatan) di laman yang sama. Antara artis yang akan menjayakan Blues Valley Jam kali ini adalah :-
- Lord (The Boys)
- Pitahati
- Sons Of Adam
- Andy (Flop Poppy)
- Zip Zieller
- Blues All Stars
Blues Valley Jam dijayakan dengan sokongan Sabasun HyperRuncit sebagai penaja utama.
Leave a Reply