Destinasi negeri pilihan adalah Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula awal Januari 2022. Siri jelajah Malaysia ini bakal berakhir pada Jun 2022.
Untuk makluman semua, Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘Malay World Cultural Paradise’ E-FESTOUR AKZ5.0 adalah program tarikan pelancongan global yang diasaskan oleh ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris dengan hasrat untuk menjadikannya satu produk tarikan pelancongan NOMBOR SATU PILIHAN NO. 1 MALAYSIA. Ia adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh penyanyi berkenaan.
Komuniti setempat menjadi platform untuk aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan Melayu seterusnya hingga ke peringkat antarabangsa. Justeru itu, festival ini menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh.
Festival ini juga dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat disamping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan.
Festival ini telahpun dijalankan pada 10 hingga 12 Disember 2021 lalu dengan lokasi permulaan di AEON Mall Shah Alam selama TIGA hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Sepanjang TIGA hari, festival itu membawakan Pertandingan Tarian Zapin secara spontan berkumpulan iaitu Tingkat Geruh Peringkat Zon untuk mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke Peringkat Kebangsaan. Sebanyak 14 kumpulan telah berentap untuk mengumpul Agregate Pencapaian Tertinggi. Pertandingan Zapin ini telah dijalankan pada majlis pra pelancaran festival pada 12 Disember lalu.
Selain pertandingan itu, terdapat 12 acara sampingan dijalankan seperti Pertandingan Nyanyian ‘Irama Malaysia Academy Awards’, Pertandingan Kompang Berirama ‘Rhythm of Unity’, Pertandingan MUA Awards Kategori Cilik dan Dewasa, Pertandingan Peragaan Busana Kategori Dewasa, Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban serta Boling Kampung serta Pertandingan Mencari Harta Karun.
Dalam majlis pra pelancaran itu juga, satu perjanjian persefahaman diadakan bersama Symphony Travel and Tour Sdn Bhd, AEON Mall dan Persatuan Bumiputera Makeup Artis Malaysia. Majlis disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Festival ini seterusnya akan menjelajah ke TUJUH destinasi yang telah dipilih. Matlamat siri jelajah Malaysia ini bertetapan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran berperingkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profesion pilihan. Sasaran pengajuran program ini adalah untuk menghimpunkan penggiat-penggiat seni seluruh Malaysia untuk bebas berkarya menerusi platform yang disediakan. Ia juga menyediakan aktiviti untuk peserta seawal umur 4 tahun tanpa had umur dan pelbagai kaum.
Berikut adalan antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari di Aeon Mall Shah Alam:
10 Disember
- persembahan kebudayaan multiracial Malaysia
- Forum Sihat
- Budaya
- Kecantikan Luaran dan Dalaman
- Bermain permainan rakyat menerusi Pertandingan bermain Congkak dan Dam Ular
- Mempelajari asas kesenian Zapin sambil membuat senam seni
- Pertandingan nyanyian lagu-lagu Irama Malasyai
11 Disember
- menyaksikan Tatiseni Awards melibatkan peserta Akademi Tatihseni Malaysia. Sebanyak 114 anugerah telah dinilai
- Pertandingan MUA Awards
- Pertandingan Kompang Berirama
12 Disember
- permainan rakyat
- Treasure Hunt
- Pertandingan bakat luar biasa kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun
- Kids Got Talent
- majlis pra pelancaran
- 14 kumpulan bertanding dalam Pertandingan Zapin
- Artis terlibat: Noraniza Idris, Ihab Ismail dan Azmir Ariff
Program ini dijangka membawa penglibatan kira-kira 500 peserta bagi mematuhi syarat penyertaan. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Malay World Cultural Paradise iaitu gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd,. Kerabu Media & Event Sdn Bhd serta C2Joy (M) Sdn Bhd.
Leave a Reply