Ya, bukan mudah untuk berjaya sebenarnya..
Dan usaha PGMall untuk berkongsi rahsia kejayaan adalah melalui penerbitan buku lagenda “ConsuMerchant”. Ditulis oleh Jonanina Nordin, buku ini membongkar rahsia membina pendapatan hanya dengan mengguna telefon pintar sahaja dan ia boleh dilakukan sambil membeli-belah!
Buku “ConsuMerchant” telah dilancarkan pada 8 Disember lalu oleh Dato’ Wira Louis Ng , Pengasas PGMall bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Operasi PGMall, Jerry Ng.
Antara kandungan buku yang diterbitkan ini adalah perkongsian penulis mengenai platform beli-belah e-dagang PGMall yang bukan sahaja membolehkan beliau membeli-belah barang keperluan dan kehendak beliau serta keluarga, malah beliau menerima ganjaran pulangan yang berbaloi apabila membuat pembelian. Ibu kepada lima orang anak ini tidak menyangka hasil membeli-belahnya di PGMall memberi beliau peluang untuk membina pendapatan.
Selain berkongsi pengalaman beliau membeli-belah di PGMall, beliau turut kagum dengan platform ini yang memberi pulangan tunai jangka panjang serta insentif kepada mereka yang baru menyertai platform ini. Memang platform PGMall ini lain daripada platform sedia ada yang memberi banyak pulangan dan kemudahan kepada pembeli yang membeli-belah melalui platform mereka.
Buku ini sebenarnya adalah idea daripada pengasas PGMall iaitu Dato’ Wira Louis Ng, yang ingin memberi satu pengalaman membeli-belah dan perdagangan luar biasa kepada penjual dan pelanggan, di mana mereka boleh membuat jualan serta belian, dan seterusnya menerima pulangan yang berbaloi.
Penerbitan buku ini adalah julung kalinya diadakan di industri e-perdagangan.
Menurut Dato’ Wira Louis Ng:
“Pembeli adalah pencipta nilai utama bagi keseluruhan rantaian ekonomi. Berpandukan undang-undang pembekal dan permintaan, semua barangan perlu ada pembeli dan penjual supaya barang yang terlibat dalam penjualan dan pembelian menjadi bahan bernilai dalam ekosistem ekonomi. Dan dengan konsep ‘Beli, Kongsi, Peroleh’ , konsep di bawah model perniagaan ConsuMerchant, pembeli sedia ada yang merjuk kawan-kawan dan keluarga pada platform ini, ataupun pembeli secara am, semuanya menerima pulangan melalui program rujukan dan loyalti. Lebih ramai pembeli yang disarankan, lebih banyak imbuhan yang mereka terima. Dan bukan itu sahaja, dengan jumlah pembeli membeli di platform PGMall, penjual juga menerima pulangan yang berpatutan”
Selain daripada program rujukan dan loyalti, PGMall juga menawarkan pelbagai kempen jualan yang memberi banyak pulangan kepada pembeli dari masa ke semasa dan Kempen Jualan Mega 12.12 adah antara kempen yang membolehkan pembeli membuat banyak penjimatan dengan baucar diskaun yang hebat serta inisiatif kerajaan melalui baucar “Belanjanwan” dan “Shop Malaysia Online”.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘ConsuMerchant” dan cara untuk memaksimakan pengalaman membeli-belah bersama PGMall, bolehlah membeli buku “ConsuMerchant” di www.pgmall.my/Galer-Cik-Jun atau FB “PGMallMalaysia”
Leave a Reply