KUNYIT BAHAN UTAMA DI WARUNG PRIMA

Ya, di Warung Prima semua dan segala-galanya mesti berkaitan dengan KUNYIT!

IMG20211217141338 (2)

Malah di sini juga menawarkan Teh Tarik Kunyit dan paling, paling luar biasa adalah Aiskrim Kunyit!

Biar betul?

IMG20211217122900

Jom ke Warung Prima Kunyit yang kini dibuka di Food Court, Suria KLCC untuk mencuba sendiri rasa-rasa lemak Teh Tarik Kunyit serta kemanisan Aiskrim Kunyit, pertama seumpamanya di Malaysia. Di Warung Prima ini, Aiskrim Kunyit yang dikenali sebagai KiSS (Kunyit Soft Serve Ice Cream) boleh dinikmati dengan cara:

  1. dijadikan sebagai topping Donut Prima
  2. diisi dalam cup
  3. diisi dalam kon

Apa cara pun yang anda pilih, aiskrim ini kemudiannya akan dihiasi dengan sedikit kacang dan ikan bilis goreng. Unik bukan?

Selain itu, Warung Prima juga menyediakan pelbagai lagi hidangan berasaskan kunyit yang sedap seperti:

  • Ayam Goreng Kunyit
    IMG20211217114105 (2)

  • Sotong Goreng Kunyit
  • Ikan Kembung Goreng Kunyit
    IMG20211217114150
  • Nasi Lemak Kunyit 
  • Salted Egg Ayam Kunyit
  • Salted Egg Sotong Kunyit
  • Nasi Lemak Kunyit Ayam Berempah
    IMG20211217114230 (2)

Antara hidangan yang menjadi pilihan adalah Ayam Goreng Kunyit dan Nasi Lemak Kunyit Ayam Berempah

Kesemua menu yang ditawarkan di Warung Prima dijual pada harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan. Misalnya harga set Nasi Putih bersama hidangan Ayam Goreng Kunyit atau Sotong Kunyit sehingga Nasi Lemak Kunyit Ayam Berempah adalah dari RM13 hingga RM17.

IMG20211217141323 (2)

Pastikan perut anda benar-benar kosong sebelum menjamah hidangan di sini kerana satu hidangan sahaja sudah membuatkan anda bersandar kekenyangan!

Nota:Memang saya rekomen makan di sini selepas membeli-belah di Suria KLCC kerana cukup enak sesuai dengan citarasa Melayu.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: