SARAVANAA BHAVAN TAWAR HIDANGAN SELATAN INDIA

Restoran yang menyediakanĀ  kira-kira 130 jenis menu makanan dan minuman ini bagaimanapun lebih memfokuskan kepada hidangan Vegetarian.

IMG20211217130115

Tidak mengguna sebarang bahan berasaskan daging tetapi kepada sayur-sayuran dan rempah ratus, maka semua hidangan di Saravanaa boleh dimakan tanpa was-was.

IMG20211217125730

Mengguna rempah ratus yang dibawa khas dari India Selatan, maka tidak hairanlah hidangan Vegetarian yang ditawarkan oleh Saravanaa berlainan berbanding hidangan Vegetarian di restoran lain yang mana LEBIH berperisa dengan pelbagai sos pencicah.

IMG20211217125432

Datang dalam pelbagai warna, sos-sos pencicah iniĀ  secara tak langsung membantu meningkatkan selera makan.

IMG20211217130813

Sejak dibuka di Food Court, Suria KLCC, restoran ini memang tidak berhenti-henti menerima kedatangan pelanggan yang ingin merasai keenakan hidangan Vegetarian serta tertarik dengan kepelbagaianĀ  menunya.

Tidak hairanlah kerana Saravanaa Bhavan ini sudahpun beroperasi lebih daripada 30 tahun di negara asal mereka dengan 30 cawangan, 3 di utara India dan 87 cawangan yang dibuka di 27 negara antarabangsa.

Menu-menu di Saravanaa dikategorikan kepada lebih 10 bahagian. Antaranya:

  • Inspirasi Makanan Tempatan
  • Makanan Serantau
  • Sudut Tosai (Dosa)
  • Sudut Nasi
  • Juadah Pembuka
  • Sup
  • Sayur Campur
  • Hidangan Berasaskan Cendawan
  • Hidangan berasasakan Kubis Bunga
  • Kari Sayur Istimewa

Bolehlah singgah ke Saravanaan Bhavan jika anda mengunjungi Suria KLCC dan mencuba hidangan Vegetarian Selatan India yang mempunyai keenakannya yang tersendiri.

#suriaklcc #foodcourtsuriaklcc #vegetarianfood

FB & IG: saravanaa bhavan malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: