PENGERUSI FINAS LANCAR LAGU ‘KITA DISISMU’

Lagu tersebut diilhamkan melalui usaha-usaha meyelamat mangsa-mangsa banjir besar yang berlaku baru-baru ini di sekitar Lembah Klang, Selangor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.

Image 06 (2)

Lebih dari 30 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang bernaung di bawah Rescue Union melancarkan lagu tema serta video muzik berjudul KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后.

Menariknya, ia dijalankan dengan kerjasama lebih dari 15 orang selebriti dan artis tempatan.

Image 02 (2)

Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’ dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir besar yang melanda.

”Kerja-kerja sukarelawan mencerminkan budaya dan moral rakyat Malaysia yang suka membantu antara satu sama lain. Saya amat berbangga melihat tindakan pantas artis-artis tempatan yang memberi bantuan secara kolektif kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan bakat dan pengaruh mereka”.

“Sebagai salah sebuah badan kerajaan utama dalam industri kreatif yang turut berkhidmat di kawasan-kawasan terjejas bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir, FINAS menyokong segala usaha seperti ini, kerana ianya menyuntik semangat moral ketika negara sedang menghadapi pelbagai musibah. Saya juga percaya seni hiburan merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memupuk semangat kebajikan dalam setiap orang dan memberi inspirasi kepada bakal sukarelawan akan datang. Saya berharap para penerbit kandungan kreatif atau penghasil kandungan di Malaysia mengikut jejak langkah selebriti-selebriti ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CSR seumpama ini, supaya amalan ini dapat diteruskan, terutamanya di kalangan belia.”

Lagu KITA DI SISIMU diharap dapat menyuntik semangat kepada mangsa-mangsa banjir agar tidak berputus asa, tabah menghadapi cabaran dan mengingatkan mereka bahawa “sesudah ribut, datangnya pelangi”. Pada masa yang sama, lagu tersebut juga menggalakkan rakyat Malaysia turut membantu mangsa-mangsa banjir pulih dari bencana tersebut. Baik dari sumbangan wang ringgit, mahupun kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya, setiap orang mampu menyumbang dengan cara tersendiri bagi memberi impak yang besar secara kolektif.

KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后 adalah sebuah lagu berbilang bahasa yang diterbitkan oleh pelakon tempatan Lenny Ooi yang dikenali melalui filem “Mrs K” dan “You Believe in Ghost?”. Video muzik lagu itu juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan yang terlibat dalam program kemanusiaan dan menampilkan lebih 15 orang personaliti berbangsa Cina, Melayu, dan India, menginspirasikan keharmonian berbilang kaum.

Artis-artis yang terlibat ialah:

  • Jack Lim (Penyampai radio My FM)
  • Fu ying & Sam
  • Henley
  • Billy Ng
  • Juztin Lan
  • Ribbon Ooi
  • Yumi Wong
  • Puteri Lili Ayumi
  • Aki Ky Tha
  • Emely Poon
  • Joey Kong
  • Nick Ooi
  • Regine Kok
  • Cindy
  • Lenny
  • Sunshine Aileen Devi Eric
  • dan wakil Rescue Union yang lain

Rescue Union ditubuhkan oleh dua badan NGO iaitu Worldwide Wellness Club dan Malaysia Ecological Civilization Communication Centre (MECCC) kini disertai lebih 30 buah badan NGO dan persatuan, bersama hampir 300 sukarelawan yang berganding bahu bekerjasama dalam gerakan ini. Mereka mendedikasikan masa, keringat, kecerdasan dan sumber-sumber bagi mengumpulkan dana dan menyediakan kemudahan kepada mangsa. Pada masa ini, dalam 30 orang usahawan dan ketua-ketua sosial telah bersetuju untuk menjadi perunding kepada Rescue Union, dengan harapan lebih ramai sukarelawan dan pertubuhan menyertai usaha kebajikan ini.

Image 07 (2)

Pengasas Rescue Union, Encik John Yap berkata,

”Semasa bencana banjir di tahap yang kritikal, ianya jelas bahawa kami memerlukan banyak sokongan daripada NGO dan persatuan-persatuan bagi memberi impak yang ketara dalam menyediakan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir. Saya ingin mengingatkan semua orang walaupun banjir telah surut di sesetengah lokasi, tetapi masih ramai mangsa banjir yang masih terkesan akibat bencana ini. Saya berharap melalui inisiatif ini, kita mampu meringankan beban mereka dan membantu memulihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir.”

Untuk menonton Musik video: https://www.youtube.com/watch?v=yR8vKTy3H04

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s