Hubungan yang terjalin erat antara Newsfeed Media dan Fareha Holding Sdn Bhd kini lebih utuh apabila kedua-dua pihak menandatangani memorandum (MOU) Pelan Pemasaran pada 17 Januari lalu.
Untuk makluman, Newsfeed Media adalah syarikat yang membantu usahawan SME menyusun dan menjalankan pelan pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan khasnya menerusi medium,luar talian atau Offline manakala Fareha Holding pula adalah pelanggan Newsfeed Media yang telah membuat pelaburan pemasaran luar talian sejak Ogos 2020.
“Pada 2021, Fareha Holding merupakan pelanggan kami dengan jumlah pelaburan tertinggi dalam pemasaran luar talian sebanyak RM2,238,835 dan tahun ini sekali lagi Fareha Holding bersetuju untuk menyambung pemasaran luar talian menerusi medium radio berjumlah RM1.5 juta menjadikan keseluruhan kos pemasaran yang dilaburkan bernilai RM3,727,075 setakat ini”-Norzira Syarini Mohammed Pauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Newsfeed Media
Selain radio, Fareha Holding juga turut memberi kepercayaan kepada Newsfeed Media untuk menyusun kemunculan jenama FAREHA dalam program temubual di beberapa siaran stesen TV termasuk TV3, RTM, Tvalhijrah, menaikkan papan iklan (billboard) di lebuh raya dan dalam bandar, siaran dalam akbar-akbar tempatan dan arus perdana serta pelbagai lagi medium pemasaran lain.
“Bermula dari pertemuan pertama sejak Ogos 2020, kami telah merangka dan menyusun pemasaran yang berstrategi agar jenama FAREHA lebih ke depan dan dikenali. FAREHA telah membuktikan bahawa produk tempatan dan usahawan SME dengan produk tudung bawal anti-kedut berharga RM27 sehelai mampu mencipta jenama ke peringkat luar biasa dan dikenali di seluruh negara malah mendapat tempat PERTAMA di hati pencinta tudung bawal”tambah Norzira.
Pengarah Urusan Newsfeed Media, Mohd Afiq Abu Hasan mengajak semua usahawan menjalankan pemasaran dengan lebih tersusun.
“Usahawan yang melabur dengan jumlah yang tinggi untuk pemasaran, belum tentu dapat memperkenalkan jenama masing-masing dengan baik dan dikenali, sekiranya tidak dilakukan secara berstrategi. Pemasaran luar talian juga masih relevan terutama dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna, meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh dimuatnaik, diubah dan dipadam pada bila-bila masa. Kami sangat komited dan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan semua dan memberikan pelan pemasaran yang strategik untuk semua”
Simbolik kepada majlis menandatangani MOU itu, Pengarah dan juga Pengasas Fareha, Nurul Fareha Anuar hadir menurunkan tandatangan pada replika cek berjumlah RM3,727,075.
Selain itu, beliau juga menerima trofi ‘The Most Outstanding Brand 2021’ anjuran Newsfeed Media.
Majlis menandatangani MOU dengan tema serba putih ini turut dihadiri oleh kira-kira 50 tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak Newsfeed Media, pihak Fareha Holding, wakil dari Astro, wakil media dan penulis blog.
Leave a Reply