‘SHOUT IT OUT’ KISAH ATLET KURANG UPAYA DIRAKAM DENGAN VIVO X70

Meskipun hanyalah satu filem pendek berdurasi 9 minit 30 saat, namun “Shout it Out” adalah satu kisah benar seorang atlet kurang upaya ini cukup terkesan dan memberi inspirasi agar tidak mudah berputus asa dalam mencapai impian.

image001 (2)

Keseluruhan filem dirakam mengguna vivo X70 Pro, iaitu telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi penimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.

6 (2)

Diinspirasikan berdasarkan sebuah kisah benar, ‘Shout it Out’ mengikuti kisah Siti, seorang warga Malaysia yang kurang upaya sejak muda yang menentang segala kemungkinan dan berjuang untuk memperoleh kecekapan dalam bidang Karate dan mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan Karate antarabangsa. Berlatarkan adegan di mana dia sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan hidup, ditertawakan dan keraguan diri, filem ini menyerlahkan keazaman Siti dengan bimbingan dari gurunya yang tidak berbelah bahagi untuk membawanya ke pentas dunia sebagai atlet negara.

Diarahkan oleh Mallory Lee, kita melihat kehidupan Siti (lakonan Nurizyan Binti Hishammuddin), seorang gadis Melayu muda yang memulakan perjalanannya untuk menjadi seorang atlet Karate negara. Di bawah bimbingan jurulatih (lakonan Seelan Manoheran) dan kepercayaan terhadap kebolehannya, Siti tetap bertahan melalui latihannya dan hadapi cabaran hidupnya, berusaha untuk mencapai impiannya iaitu bersaing mewakili Malaysia.

2 (2)

Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia berkata,

“Di vivo, kami percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai pencapaian yang hebat, tanpa mengira latar belakang mereka. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk kongsi jalan cerita kehidupan Siti menerusi filem ini, menangkap kisah luar biasa tentang usahanya untuk mencapai impiannya walaupun terhad. Menggunakan teknologi pengimejan canggih vivo X70 Pro, filem ini menunjukkan keupayaan penggambaran telefon pintar dan potensinya sebagai peranti filemografi profesional.”

Mallory, Pengarah filem ‘Shout It Out’:

“Penggambaran ‘Shout it Out’ merupakan pengalaman yang hebat untuk saya. Semasa kami merakam video itu, saya ingin menangkap intipati dan emosi sebenar yang dimainkan oleh Siti, menunjukkan perjuangan, kegembiraan, keazaman dan keberaniannya dalam mencapai impiannya tanpa mengira kesusahannya. Menggunakan vivo X70 Pro, saya dapat menangkap semua itu seperti yang dilihat dalam video terakhir. Saya harap rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi semasa menonton filem pendek ini kerana ia memberi inspirasi kepada saya,” kata .

Filem pendek ‘Shout it Out’ kini boleh didapati dan ditonton di laman Youtube Rasmi vivo Malaysia.

Maklumat lanjut: https://www.vivo.com/en/about-vivo/news 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s