VIT’S TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

Terima kasih Vit’s kerana bersama-sama sukarelawan membantu mereka yang terkesan akibat banjir.

WhatsApp Image 2022-01-04 at 1.15.23 PM

Rata-rata bantuan diberikan kepada mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Shah Alam dan Klang.

WhatsApp Image 2022-01-04 at 1.15.44 PM

Dan, pada 18 Disember lalu. Vit’s telah melancarkan satu program Bantuan Bencana Alam Mangsa Banjir di Mentakab Pahang kolaborasi dengan SME Association Malaysia serta kerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCORP) HRDCORP CARE pada 27 dan 29 Disember 2021 yang lalu.

WhatsApp Image 2022-01-04 at 1.17.22 PM

Pada 27 dan 29 Disember pula, Vit’s berjaya mengumpulkan sejumlah 80 orang sukarelawan yang bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di Mentakab, Pahang. Vit’s tidak menyangka rakyat Malaysia amat prihatin terhadap mereka yang terkesan oleh bencana banjir ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat.

“Saya betul-betul tak sangka, sukarelawan ini semua sanggup turun padang walaupun ada yang datang dari negeri lain dan berlainan umur, bangsa bersama-sama bersemangat membantu mangsa banjir. Ini kali pertama saya melihat semua sukarelawan berganding bahu membantu dan saya amat kagum” kata Encik YT Lai selaku Pengarah Urusan VIT’S

VITS juga telah menderma sejumlah 50 000 peket mee segera untuk meringankan beban mangsa banjir di Selangor dan Pahang serta amat berharap agar mangsa semua tabah dalam dugaan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: