Memang dah lama mencari-cari produk sertu ni sebab selalu on-the-go dan sering travel ke luar negara.
Terbaiklah Safi, jenama penjagaan diri Halal nombor 1 di Malaysia sebab perkenalkan produk sebegini untuk umat Islam!
Adanya Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini, maka proses menyucikan najis mughallazah dapat dijalani dengan mudah dan pantas. Kini pencucian sertu juga boleh dilakukan #WashwashTanpaWasWas
Mendapat persijilan Halal oleh JAKIM, Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini dirumus menguuna 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi dan diperkaya dengan Habbatus Sauda serta Ekstrak Bidara. Ia dihasilkan di kilang Safi yang merupakan pengeluar utama produk-produk kosmetik halal dan telah diuji secara dermatologi yang membantu membasmi kuman.
“Menyedari keperluan segelintir umat Islam di Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses sertu khususnya untuk mendapatkan sumber tanah yang sesuai, Safi telah berjaya memformulasikan Skrub Mandian Sertu Antibakteria. Sebagai peneraju jenama Halal yang dipercayai di Malaysia, Safi sentiasa komited untuk mempelbagaikan rangkaian produk yang komprehensif bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam masa kini. Isu sertu seringkali menjadi permasalahan terutamanya bagi umat Islam yang sering terdedah kepada najis mughallazah dan sukar mendapatkan tanah liat yang bersih dan suci. Ini menjadi dorongan bagi Safi untuk memenuhi keperluan bersuci, sebagaimana yang diwajibkan dalam agama Islam dan Safi berasa bangga untuk berada di sisi mereka kala diperlukan.
Safi Skrub Mandia Sertu Antibakteria amat mudah digunakan tanpa was-was. Kandungannya terdiri daripada bahan-bahan terpilih berkualiti yang 100% mematuhi keperluan syarak untuk bersuci daripada najis mughalaazah” kata Muhammad Ammar Al-Husaini Rahimin, Ketua Pegawai Halal Safi.
Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini dapat memudahkan umat Islam dalam aplikasi sertu terutamanya jika terdapat situasi yang tidak diingini atau dielakkan yang melibatkan najis mughallazah seperti di klinik veterinar, pekerja penghantaran makanan, anggota polis skuad anjing pengesan dan anggota bomba.
Kaedah mudah sertu mengguna Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah disemak oleh panel Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Antara panel penasihat Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dari IFFAh dketuai oleh Pengarah IFFAH, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan dianggotai oleh Ketua Program, Sarjana Muda Syariah (Industri Halal), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Mahyeddin Mohd Salleh dan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Nasir Abd Majid.
Berikut adalah langkah-langkah mudah mengguna Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria:-
- Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut
- Basuhan PERTAMA adalah dengan campuran sedikit Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan sehingga air menjadi keruh
- Diikuti basuhan anggota badan/tempat yang ingin disucikan dengan air mutlak sebanyak 6 kali
Semua produk Safi dibangunkan melalui kajian yang teliti oleh pasukan penyelidik berdedikasi di Safi Research Institute (SRI), sebuah makmal kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia yang dikhususkan untuk pembangunan prosuk Halal berkualiti tinggi serta mengikut piawaian kualiti global.
Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria boleh didapati dalam pek tiub 300gram di pasar raya, pasar raya besar atau secara dalam talian melalui plaform Shopee pada harga RM15.90.
#SafiSkrubMandianSertuAntibakteria
#SafiWashwashTanpaWasWas
#WashwashTanpaWasWas
Leave a Reply