Yey penggemar keju..Inilah masanya untuk anda menimati limpahan keju sepuas-puasnya!
Dominos’s Pizza yang menjanjikan “Its’ All About You” telah mengambil kira kehendak pelanggannya dengan mengenalkan Piza Keju Mega, piza yang dilimpahi sehingga kira-kira 1/2 kilogram keju. Bayangkan betapa “cheezy”nya piza anda!
Menurut Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Pizza Malaysia Singapura dan Kambodia:
“Kami mahu semua rakyat Malaysia merasai dan mengetahui mengenai “It’s All About You” ini. Sebab itu kami mengambil kira kemahuan pelanggan kami dan memenuhi kemahuan mereka, pencinta keju.Jadi kepuasan kepada kami apabila melihat pelanggan kami menikmati satu keping piza yang penuh dengan keju dan merasa gembira sewaktu menikmatinya. Kami mahukan semua rakyat Malaysia menikmati pengalaman menikmati piza yang penuh dengan keju. Kami percaya piza keluaran kami terutamanya Piza Keju Mega ini adalah piza yang luar biasa berbanding piza di luar sana kerana ia dipenuhi dengan tambahan keju yang banyak dan pastinya sangat disukai oleh pelanggan kami yang merupakan peminat keju. Piza Keju Mega ini datang dalam TIGA saiz iaitu 6″, 9″ dan 12″ dengan TIGA sos asas yang hanya boleh dinikmati dalam jangkan masa yang terhad.
TIGA sos asas ditawarkan kepada pelanggan iaitu:
- Top Secret
- Signature
- Cheese
Turut berkongsi pengalaman menikmati Piza Keju Mega adalah Douglas Lim yang telah mengadakan persembahan secara langsung bersama wakil media. Sambil memperkenalkan Piza Keju Mega ini, beliau juga telah menghiburkan dengan aksi lawaknya.
Jadi, jangan tunggu lagi, cepatlah berkunjung ke rangkaian Domino’s Pizza yang berdekatan untuk merasai kenikmatan Piza Keju Mega ini.
Maklumat lanjut:
Leave a Reply