Meriah sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini di Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya dengan kehadiran anak-anak yatim serta kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi.
Mereka yang berusia antara 6 hingga 17 tahun ini diraikan sebagai sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Ketibaan mereka ke Alamanda Putrajaya diiringi oleh Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri serta Timbalan Pengerusi, Abu Bakar Abdul Rafar dan disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Pang Sook Fong.
Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak ini membeli sepasang kasut raya dan baju raya, dan kemudiannya dibawa ke Centre Court yang dihiasi dengan dekorasi kampung à la “Raya di Dusun Atuk” sambil dihiburkan dengan persembahan Hari Raya Zapin.
Majlis sambutan Raya menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda turut menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak ini.
Selepas ucapan aluan, Pang ditemani oleh rakan niaga Alamanda seperti Gene Martino, Qutn Cotton dan Dunkin’ Donuts di mana kanak-kanak tersebut diberikan duit raya dan sut baju raya daripada Gene Martino, sut baju raya daripada Qutn Cotton dan sekotak donat dari Dunkin’ Donuts.
Semasa sesi berbuka puasa, anak-anak yatim ini tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu di Secret Recipe.
Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata,
“Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak- kanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar.”
Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri pula berkata,
“Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.
Untuk makluman, Rumah Bakti Al-Kausar adalah rumah kebajikan yang diasaskan pada tahun 2011 yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim. Rumah itu kini menempatkan 36 kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut, layari:
Leave a Reply