TMT BUKA MEGASTOR KE-5 DI PAVILION BUKIT JALIL

Tahniah Thunder Match Technology Sdn Bhd (TMT) atas pembukaan megastor terbaharu ini menjadikannya cawangan yang ke-49 di Malaysia!

283004081_10161101074728268_7975726906480569007_n

Dan masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke-25 tahun ini!

Yang menarik dengan pembukaan megastor TMT ini pada 20 Mei lalu, banyak promosi dan diskaun sehingga serendah RM1 ditawarkan pada pengunjung yang datang mengunjungi megastor TMT terbaharu ini.

281640690_10161097443558268_8974090885024162202_n

Maka tidak hairanlah ramai yang berpusu-pusu datang untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan khas sempena pembukaan megastor TMT ini.

282110059_10161095967358268_2080465931596688950_n

Malah ada yang datang seawal pagi untuk beratur kerana antara barangan yang ditawarkan sempena Majlis Pembukaan Megastor TMT ini serendah RM1 dan Apple Iphone 11 64GB pada harga RM999 dan penjimatan pembelian sehingga RM700 dari tempoh 20 hingga 22 Mei ini.

282837176_10161101075043268_2042209876959895105_n

Megastor TMT terbaharu ini selain menyediakan konsep stor pada jenama Acer, ASUS, HP, Huawei, Lenovo, OPPO, Samsung, Vivo dan Apple, ia juga menyediakan perkhidmatan membaiki peranti dalam satu bumbung sekaligus memudahkan pengunjung untuk membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

281905287_10161101075173268_803260908107575544_n

Encik Adrian Yap, Pengasas TMT berkata:

“Pembukaan Megastor TMT yang terbaharu ini meneruskan misi kami untuk menghubungkan orang ramai dengan jenama teknologi di mana kami menyediakan pelbagai barangan berkualiti demi kehidupan yang lebih baik. Lokasi terbaharu ini turut menempatkan ruang istimewa yang menawarkan plebagai produk permainan komputer bagi mereka yang gemar bermain permainan. Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pavilion Bukit Jalil dalam menyediakan stor untuk pelanggan sekitar dengan menawarkan pelbagai produk yang dapat memenuhi keinginan dan keperluan teknologi mereka.

Kami mengutamakan efisensi, kemudahan dan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang datang membeli di megastor kami dengan menyediakan staf  yang mahir dan berpengalaman dalam bidang teknologi kerana kami sentiasa memberi peluang latihan pada mereka agar dapat memberi yang terbaik pada pelanggan. Jadi pelanggan kami dapat menikmati pengalaman mmebeli dan perkhidmatan selepas membeli dari megastor kami. Staf kami sentiasa membantu dalam memenuhi keperluan pelanggan”

Menurut Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Pavilion Sdn Bhd Kuala Lumpur:

“Keperluan pelanggan dalam bidang teknologi semakin meningkat dengan pesat, maka kami di Pavilion Bukit Jalil akan sentiasa memberi dan memenuhi kepeluan pelanggan dengan menawarkan syurga teknologi yang terbaharu beserta penyelesaian terknogi yang terkini. Sebab itu kami sangat gembira dengan pembukaan megastor TMT terbaharu ini yang merupakan peruncit IT terbesar di Pavilion Bukit Jalil. Dengan adanya megastor TMT ini, kami menjangkakan pertambahan pelanggan ke Pavilion Bukit Jalil yang datang mendapatkan pelbagai barangan teknologi di TMT.

TMT pernah memenagi pelbagai anugerah antaranya “Jualan Terbaik”, “Peniaga Paling Terbaik”, “Rakan Kongsi Terbaik”, “Stor Persembahan Terbaik dan banyak lagi daripada rakan kerjasama jenama.

Alamat :

Lot 4.28.00, Aras 4, Pavilion Bukit Jalil 2, Persiaran Bukit Jalil 8, Bandar Bukit Jalil, KL

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: