AISHAH ILIAS TERUJA DENGAN HASIL LAKONAN TERBAHARUNYA: MUSYRIK-API NERAKA MENANTIMU!

Pelakon dan model tinggi lampai, Siti Aishah Ilias atau lebih dikenali sebagai Aishah Ilias tidak kisah jika beliau digelar ‘andartu’ hanya kerana masih belum bertemu jodoh pada usia 35 tahun. Beliau menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Tuhan.

aishahillias

“Jodoh dan pertemuan urusan Tuhan, siapa kita mahu menentukannya? “Memang saya ada juga berkawan dengan lelaki, tetapi tiada teman istimewa yang sesuai dijadikan calon suami. Pada usia sekarang, saya mencari calon suami baik, bertanggungjawab dan boleh memberi komitmen terbaik apabila berumah tangga.”

Apabila diajukan soalan sama ada beliau pernah didekati suami orang, Aishah menafikannya:

“Setakat ini, hanya lelaki bujang cuba mendekati kerana saya memang mengelak berkawan suami orang. Maaflah, saya tidak suka berkongsi kasih dengan wanita lain.” 

Musyrik_WATI_PUTERI (2)

Beralih pada perkembangan kerjaya seninya, Aishah tidak sabar menanti lakonannya dalam filem genre seram Musyrik – Api Neraka Menantimu!. Filem itu adalah terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.

Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Aishah bergandingan dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Ashraf Muslim, Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.

“Saya tidak menolak tawaran berlakon dalam projek filem kerana mahu mengembangkan bakat ke layar perak. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem seram, Paku dan Pilot Cafe. Dalam masa sama, siapa tidak mahu berganding dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril.” 

Mengulas pengalaman berlakon dalam filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!, Aishah  melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril dalam filem berkenaan.

“Antara pengalaman sukar dilupakan apabila badan menggelembung gatal di seluruh badan ketika menjayakan satu babak. Saya terpaksa dihantar ke klinik untuk mengambil suntikan bagi merawat gatal-gatal ini hingga penggambaran terpaksa dihentikan buat sementara waktu.” 

Musyrik_Official_Poster_Horizontal (2)

Selain Ashraf, Aeril, Ruhainies dan Aishah, filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.

Anda bolen menonton Trailer rasmi filem disiarkan menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies mulai 15 Jun lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: