Tahniah Senheng dan Samsung Malaysia Electronics atas pembukaan stor elektronik pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Ia terletak di tengah-tengah lokasi strategik berdekatan dengan KLCC dan pusat beli-belah Avenue K iaitu di Shoppes, Four Seasons Place.
Majlis perasmian dihadiri oleh pihak pengurusan daripada kedua-dua syarikat beserta tetamu jemputan khas dan wakil media yang mana mereka dapat melihat koleksi terkini peranti telefon Samsung, produk elektrik dan barangan rumah. Antaranya rangkaian Galaxy S, Galaxy Z, Galaxy Hearables dan Wearables, TV Pintar Neo QLED, perkakasan BESPOKE dan pelbagai produk lagi.
“Kami sangat gembira dengan jalinan kerjasama Senheng yang dapat meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami. Di Samsung, pelanggan adalah orang yang paling penting bagi kami. Semua yang kami lakukan hari ini dibina untuk meningkatkan kehidupan orang ramai dan memberi mereka persekitaran yang terbaik” Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.
Menurut Lim KH, Pengerusi Senheng pula:
“Senheng dan Samsung telah bekerjsama dalam tempoh lama dalam membina dan mendapatkan hubungan strategik . Hasil jalinan dengan Samsung ini membolehkan kami membuat kolaborasi secara terbuka dan kami berharap kesinambungan hubungan ini dapat melahirkan lebih banyak pengalaman melalui peranti, aplikasi dan perkhidmatan, maka lebih ramai orang di Malaysia dapat menikmati produk Samsung yang terkini”
Dengan keluasan lantai kira-kira 5,399 kaki persegi, pelanggan bukan sahaja dapat melihat paparan produk Samsung malah dapat merasai pengalaman berhubung dengan persekitaran yang bijak.
Ia menyediakan ENAM zon pengalaman Mobile Experience, Visual Dispalys dan Digital Appliances yang menawarkan produk-produk terkini termasuk Galaxy S22 Ultra, BESPOKE AirDresser, TV Neo QLED 8K, The Freestyle dan banyak lagi.
Sempena dengan peramsian itu juga, Samsung dan Senheng menawarkan pelbagai promosi untuk orang ramai yang datang dan membuat pembelian di stor dan aplikasi mobil Senheng bermula dari 17 Jun hingga 21 Jun antaranya:
- rebat RM1,000 untuk setiap pembelian Galaxy Z Flip 5G
- Hadiah percuma bernilai sehingga RM2,599 untuk pembelian TV QLED 4K
- Hadiah percuma bernilai sehingga RM3,699 untuk pembelian peti sejuk BESPOKE
Dan banyak lagi promosi yang boleh anda perolehi apabila anda mengikuti persembahan secara langsung setiap hari melalui laman Facebook Samsung dan Senheng.
Berikut adalah jadual untuk penjualan produk dan influencer yang turut serta dalam persembahan secara langsung iaitu:
- 17th Jun 2022, 8pm QLED 4K TV, Smart Monitors: Shafiq Chulan & Shu Faye
- 18th Jun 2022, 4pm WindFree Air Conditioners, BESPOKE Refrigerators: Dini Schatzmann & Caely See
- 19th Jun 2022, 4pm Galaxy S Series & Galaxy Z Series: Brandon Ho & Sachie Amira
- 20th Jun 2022, 8pm Smart Home Appliances: Caely See & Jack Lim
- 21st Jun 2022, 8pm Washer & Dryer, BESPOKE AirDresser & BESPOKE Jet Shalma Ainaa & Wan Imar Izzat
Jadi, jangan lepaskan peluang berkunjung dan melihat sendiri Stor Senheng x Samsung Premium beserta produk-produk yang ditawarkan!
Leave a Reply