DANA PENDIDIKAN ELENA COOKE TAWAR BANTUAN KEWANGAN PADA LEPASAN SPM/STPM

Tahniah bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021!

Pasti ada yang sudah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke IPT, bukan?

Ada berita baik untuk anda!

Natasha Merissa Gomes and Ms Moey signing the scholarship agreement (2)

Dana Pendidikan Elena Cooke yang diuruskan oleh BBGS Alumni Berhad (BAB), sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS), terus bekerjasama dengan Kolej Sunway, Universiti Sunway dan Universiti HELP untuk menyediakan biasiswa kepada belia Malaysia yang layak tetapi kurang bernasib baik bagi membolehkan mereka melanjutkan pendidikan tinggi.

Receiving her first cheque (2)

Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang memohon kepada institusi pendidikan tinggi tempatan yang lain juga layak untuk memohon Dana Pendidikan Elena Cooke, asalkan mereka memenuhi kriteria MINIMA, termasuk:

  • berumur kurang daripada 23 tahun pada 31hb Disember 2021
  • mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM60,000 setahun dalam tahun 2021

BBGS, adalah salah sebuah sekolah yang terkenal dan dihormati di Kuala Lumpur. Ia dahulu terletak di Jalan Bukit Bintang sehingga tahun 2000 apabila ia ditutup dan kemudian dirobohkan bagi pembinaan pusat beli-belah mega.

Dana Pendidikan Elena Cooke ditubuhkan sebagai kenangan terhadap Guru Besar BBGS yang telah berkhidmat paling lama iaitu mendiang Cik Elena Maud Cooke, menekankan kepentingan memberi bantuan kepada belia  yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Jeslina with mum and brother (2)

Menyedari akan kehadiran pelajar-pelajar miskin yang tidak bernasib baik berbanding mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pendidikan pula adalah faktor utama yang boleh membawa pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik ini keluar daripada kelompok kemiskinan.

Oleh itu, keperluan kewangan adalah antara senarai kriteria tinggi yang dipertimbangkan, termasuk pencapaian akademik, aktiviti ko-kurikulum dan perwatakan. Dana tersebut terutamanya berminat membantu anak-anak muda yang merupakan anak yatim piatu ataupun daripada keluarga ibu atau bapa tunggal atau bagi mereka yang tinggal di rumah kanak-kanak. TIGA penerima biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke beberapa tahun dulu adalah daripada rumah kanak-kanak.

Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke akan tutup 2 minggu selepas keputusan SPM atau STPM (yang mana lebih lewat) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman www.bbgs.com.my.

Derma dan sumbangan kepada Dana Pendidikan Elena Cooke oleh penderma korporat dan individu adalah amat dialu-alukan. Penderma disilakan menulis cek atau melakukan pemindahan antara bank ke akaun bank BBGS Alumni Berhad (Maybank Akaun No: 5141 2316 6380). Penderma harus memaklumkan transaksi kepada BAB melalui bbgs.elena@gmail.com bagi pengeluaran resit.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: