Strategi peralihan Kumpulan Boustead itu dilakukan sempena penjenamaan semula dan pengenalan kepada Logo baharu setelah 60 tahun cemerlang menjadi peneraju utama serta pengeluar papan simen gentian selulosa berkualiti tinggi.
Pengenalan Logo baharu ini juga memperkemaskan rangkaian produknya bagi mencerminkan pertumbuhan, pembaharuan dan strategi perkembangan syarikat yang selaras dengan strategi “Reinventing Boustead” oleh Boustead Holding Berhad.
Logo baharu itu yang tampil lebih kemas dan menarik dalam warna-warna yang berimpak mencerminkan pembaharuan, pembugaran dan penjenamaan semula UAC Berhad. Logo ini merangkumkan peralihan utama UAC Berhad daripada sebuah syarikat yang berfokuskan produk kepada sebuah syarikat yang menjadikan pelanggan, gaya hidup dan aspirasi sebagai fokus utamanya.
“Berbekalkan pengalaman, rekod lampau dan keberadaan kami di lebih 60 buah negara selama hampir 60 tahun, kami kini beralih arah menjadi sebuah syarikat yang berfokuskan gaya hidup dengan pengenalan teknik-teknik pembinaan seperti Industrialised Building System (IBS) bagi mengatasi isu kekurangan pekerja di samping mengukuhkan kualiti produk-produk siap kami. Kami kini beranjak daripada produk-produk berasaskan komoditi kepada produk-produk berasaskan gaya hidup bagi memenuhi perubahan keperluan pasaran dan pengguna.” kata Pengerusi UAC Berhad, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan UAC Berhad, BT Gan berkata logo baharu ini menandakan hala tuju baharu perniagaan UAC Berhad yang akan diteroka syarikat dalam aspek komersil dan sistem produk.
“Langkah ini bagaimanapun tidak akan mengubah hubungan-hubungan komersil dengan pelanggan-pelanggan, rakan-rakan kongsi, pembekal-pembekal, pengurusan kewangan, pengeluaran atau kontrak yang sedia ada. Ia juga tidak melibatkan sebarang perubahan dalam aspek pengurusan”
Walaupun identiti jenama baharu ini menandakan perubahan yang ketara kepada UAC Berhad, syarikat ini memberi jaminan bahawa falsafah perniagaan serta kepercayaan teras dalam nilai-nilai komitmennya yang telah teruji dan terbukti dalam kalangan rakan-rakan kongsi dan pelanggan-pelanggannya kekal sama.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melawat: www.uac.com.my
Leave a Reply