PENGARAH FILEM MUSYRIK ALAMI BANYAK KEJADIAN ANEH & SERAM

Uishh baca tajuk saja sudah naik bulu roma! Apatah lagi yang menghadapinya dengan mata kepala sendiri!

WhatsApp Image 2022-06-29 at 9.45.49 PM (1)

Tapi memang berani betul Pengarah filem yang berbakat besar ini!

WhatsApp Image 2022-06-29 at 9.45.54 PM

Menurut Arjin Uppal, sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram ini, beliau telah berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan.

Arjin, 33, berkata, antara kejadian pelik dilalui adalah ketika babak Ruhainies memegang batu nisan di tanah perkuburan pada jam 3 pagi.

WhatsApp Image 2022-06-29 at 9.45.49 PM (2)

“Batu nisan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nisan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini. Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya” 

Arjin berkata lagi, beliau pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan dengan keadaan sedemikian sebelum ini.

“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing” 

WhatsApp Image 2022-06-29 at 9.45.50 PM

Menurut Arjin, bukan sahaja dirinya berdepan kejadian aneh, malah, ia turut dialami oleh salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.

“Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur.  Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan” 

Selaku Pengarah, Arjin berkata, dia tetap tenang ketika berdepan dengan kejadian aneh yang membabitkan Aishah itu.

“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera.  Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya. Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik” 

Mengulas mengenai lokasi, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan DUA lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.

“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam. Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi. Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan.  Ketika di tanah perkuburan, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu” 

Selain itu, Arjin turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir. Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh” 

Mengulas sama ada kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu. Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu. Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan”

Filem Musyrik-Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysi pada 7 Julai depan.

Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: