FILEM MUSYRIK BAKAL BOX-OFFICE MENGIKUT JEJAK MAT KILAU

Ya, Musyrik-Api Neraka Menantimu! pasti BOLEH mendapat kejayan yang sama!

WhatsApp Image 2022-07-04 at 7.15.26 AM (1)

Menurut Penerbit filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!, iaitu S Baldev, kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang sangat membanggakan membuktikan filem tempatan mampu pergi lebih jauh hingga ke peringkat antarabangsa.

WhatsApp Image 2022-07-04 at 7.15.26 AM (1)22

“Terima kasih penonton tempatan. Filem Malaysia memang berkualiti untuk menarik penonton ke pawagam.  Walaupun pasaran kita kecil, ‘output’ kita besar berbanding dengan filem Hollywood atau Bollywood” 

Filem ‘box office’, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof telah berjaya mengutip RM39.2 juta dalam tempoh sepuluh hari tayangan dan menjadi penanda aras kepada industri perfileman negara.

Filem epik Melayu terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu seakan memberikan sinar baharu kepada industri perfileman yang merudum sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selama dua tahun.

Menurut S Baldev, pembikin filem tempatan memang bekerja keras untuk memberikan karya terbaik untuk penonton.

“Justeru, saya sangat berharap kerajaan beri perhatian sewajarnya dengan membantu membawa filem tempatan ke peringkat global” 

WhatsApp Image 2022-06-29 at 9.45.56 PM

Mengenai filem baharu bergenre seram Musyrik – Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, mesej yang ingin disampaikan dalam filem terbitannya sama seperti Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

“Jika filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membangkitkan martabat orang Melayu, Musyrik – Api Neraka Menantimu! pula membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti.  Walaupun saya bukan beragama Islam, saya berminat untuk mempelajari mengenai agama lain dan percaya Tuhan hanya satu.  Malah, pasukan produksi kami juga buat kajian secara mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini” 

WhatsApp Image 2022-06-29 at 9.45.56 PM (1)

Apabila ditanya mengenai sasaran kutipan filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.

“Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan seluruh masyarakat” 

WhatsApp Image 2022-06-29 at 9.45.51 PM

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya. Selain itu, ia turut dibarisi pelakon, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai ini. Trailer rasmi filem ini sudah boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu.

Selain Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!, antara senarai filem tempatan lain yang bakal ditayangkan di pawagam mengikut Skim Wajib Tayang termasuklah:

  • Bintang Hatiku (28 Julai),
  • Jerangkung Dalam Almari (4 Ogos)
  • Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (25 Ogos)
  • Anak Rimau (1 September)
  • Filem Juang (8 September)
  • Ada Hantu 2 (15 September)
  • Zaara (22 September)
  • Rasuk dan Biko (29 September)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: