Wah seronok sungguh dan puas hati membeli-belah di MR. D.I.Y. PLUS ni sebab LEBIH besar, LEBIH banyak barang dan LEBIH banyak PILIHAN!
Terletak di pusat beli-belah terbesar, Mid Valley, ia mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi dan mempunyai dua aras.
Dengan keluasan seluas itu, MR D.I.Y. PLUS mempamerkan kira-kira 20,000 jenis produk dalam LIMA kategori utama iaitu:
- perkakasan
- barangan kegunaan rumah dan perabot
- elektrik,
- alat tulis
- produk kelengkapan sukan
Selain itu, terdapat juga produk-produk lain seperti permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, produk makanan dan minuman, serta produk penjagaan diri & kesihatan.
Berucap sewaktu acara pembukaan rasmi besar-besaran kedai pada 30 Jun lalu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata,
“Para pelanggan kini bijak dan berpengetahuan. Mereka mahukan nilai, kemudahan sebuah kedai sehenti, dan manfaat daripada pengalaman membeli-belah yang menarik serta menyeronokkan. MR D.I.Y. PLUS menawarkan semua ini dalam satu ruang yang menghiburkan – maka tidak hairanlah lebih 200,000 pelanggan telah mengunjungi kedai ini pada bulan pertama sejak pembukaannya pada 19 Mei 2022.”
Mengulas mengenai kedai tersebut, Goh berkata , MR. D.I.Y. PLUS ini dibangunkan berdasarkan maklumat dan maklum balas pelanggan yang dikumpul oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan pelanggan dan analisis data yang berterusan.
“Kami bukan sekadar ingin membina sebuah kedai yang besar semata-mata, MR. D.I.Y. PLUS adalah sebuah ruang yang telah diatur dengan teliti untuk membawakan rangkaian barangan keperluan harian kami di sebuah lokasi yang menyenangkan. Kajian kami menunjukkan pasca pandemik pelanggan mahukan lebih lagi jaminan barangan harga terendah dan dengan cara yang baru, menyeronokkan serta interaktif – mereka mahukan sesuatu yang menghiburkan. Ia menjanjikan para pelanggan bahawa mereka bukan sahaja dapat membeli barangan keperluan harian, tetapi juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan, selain memperoleh pengetahuan dan inspirasi sepanjang proses membeli-belah.”
Bersempena acara pembukaan rasmi itu, peruncit telahpun mengadakan satu siri aktiviti dan promosi bermula dari 1 hingga 3 Julai 2022 lalu.
Untuk tempoh yang terhad, pelanggan yang mengunjungi MR. D.I.Y. PLUS juga boleh mencuba kotak-kotak pengalaman DIY pengalaman yang unik di kedai itu, yang melambangkan pelanggan-pelanggan MR D.I.Y. dari pelbagai latar belakang. Kotak-kotak DIY itu merangkumi seorang bapa yang bekerja, suri rumah, remaja perempuan, penyokong inisiatif lestari, dan peminat barangan perkakasan dan aktiviti berkebun.
Untuk maklumat lanjut mengenai MR. D.I.Y. PLUS, layari:
- laman web MR D.I.Y., http://www.mrdiy.com, platform e-dagang, http://www.mrdiy.com.my,
- saluran media sosial di, Facebook dan Instagram
Leave a Reply