KEDAI BUKU TERBESAR DI JEPUN KINI DIBUKA DI MALAYSIA

Pembukaan TSUTAYA BOOKS di Pavilion Bukit Jalil menjadikannya kedai buku PERTAMA di rantau Asia Tenggara!

BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS Grand Opening 1 (2)

Dengan keluasan ruang kira-kira 31,000 kaki persegi, TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil menempatkan lebih daripada 240,000 buah buku, alat tulis dan barangan dekor dari Jepun.

Interiors 4 (2)

Majlis pembukaan telah diadakan pada 7 Julai lalu dan dirasmikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Yang Berbahagia Katsuhiko Takahashi, Turut hadir Puan Mami Takahashi, Puan Sri Cindy Lim, Pengarah Eksekutif Malton Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Tsutaya Books Malaysia Sdn Bhd, Hideyuki Uemoto, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia & Oceania Pacific, Shigeya Kusano dan Pengarah Urusan Sojitz Asia Pte Ltd. Tomohiro Umetani, Global Business Company Director of Culture Convenience Club, Datuk Lee Whay Hoong, Pengarah Regal Path Sdn. Bhd., Dato’ Joyce Yap, CEO of Retail, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., dan Gan Vi King, Pengarah Premier Style Trading Sdn. Bhd.

BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS Grand Opening 4 (2)

“Pembukaan TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil ini menjadikannya kedai buku PERTAMA di Asia Tenggara dan kedai buku KELIMA yang dibuka di luar Jepun. Pembukaan ini adalah kemuncak daripada perjalanan yang panjang. Tahun ini juga adalah tahun yang ke-40 Polisi Pandang ke Timur dan Ulang Tahun ke-65 hubungan bilateral Malaysia-Jepun, menjadikan pembukaan TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil lebih signifikasi”-Gan Vi King, Pengarah Premier Style Trading Sdn Bhd.

“Lebih 39 tahun visi kami untuk TSUTAYA BOOKS adalah dengan mempromosi minat membaca, menulis dan kesedaran budaya sebagai alatan untuk mencipta dan menghasilkan gaya hidup yang penuh bermakna. Kami memilih Malaysia sebagai lokasi pertama di Asia Tenggara memandangkan terdapatnya pertumbuhan populasi yang berminat pada budaya dan gaya hidup serta adanya perkembangan pada masa hadapan. Pavilion Bukit Jalil adalah lokasi yang sangat sesuai untuk kedai buku pertama kami memandangkan ia berada dalam kawasan komuniti keluarga dengan pelbagai kemudahan “-Hideyuki Uemoto, Ketua Pegawai Eksekutif Tsutaya Books Malaysia Sdn Bhd.

IMG20220701145919

Sudut kanak-kanak di TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil adalah bahagian yang paling terbesar di dalamnya dan juga terbesar daripada kedai buku yang ada di Malaysia dengan lebih daripada 20,000 buku dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Bahasa Melayu, juga China klasik. Tarikan utama sudut ini ialah kewujudan Rumah Pokok yang menjadi Bilik Belajar di aman kanak-kanak boleh duduk didalmnya manakala ibu bapa pula membaca buku pada anak-anak dan bermain bersama permainan untuk membina perkembangan yang kognitif dan mengeratkan hubungan bersama ibu bapa.

IMG20220701143911

Selain itu, satu kafe juga ditempatkan di dalam TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil . Diinspirasikan daripada ‘share lounge’ yang popular di Jepun, pengunjung boleh duduk mahupun melakukan kerja di laptop sambil menikmati secawan kopi dan hidangan pemanis mulut seperti Dorayaki dan Parfait Buah-Buahan.

IMG20220701144329

Ruang yang memberikan ketenangan sambil membaca buku, berehat dan ‘hidup dalam dunia sendiri’ ini menawarkan tempat duduk untuk 90 orang dalam satu-satu masa.

Lokasi:

Lot 2.89.00, Level 2 (Orange Zone), Pavilion Bukit Jalil

+603-8080 0365

-10am to 10pm setiap hari

Isnin hingga Ahad

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: