S P SETIA BAKAL ANJUR KONSERT SETIA ‘LIVE OUT LOUD’

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 3 September 2022 akan diadakan di Setia Ecohill, Semenyih secara PERCUMA dan terbuka kepada umum bermula pada pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam.

FFXS7860 (2)

Dijangka konsert Setia ‘Live Out Loud’ ini dijangka akan menerima kehadiran 5,000 penonton dan mereka akan dihiburkan oleh barisan artis tempatan dan antarabangsa yang digemari di Malaysia.

FFXS7856 (2)

“Ianya ibarat musim bunga selepas musim sejuk, saya percaya konsert Setia ‘Live Out Loud’ ini akan memberi satu semangat baru untuk dinikmati selepas kita semua telah lama berehat disebabkan pandemik Covid-19”. Di Setia, kami percaya bahawa kehidupan perlu diraikan, melalui program ‘Citizen Setia’, kami berhasrat untuk mempersembahkan konsert ini kepada semua pembeli dan penduduk yang sangat dihargai” kata Datuk Choong Kai Wai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia.

FFXS8042 (2)

Dihoskan oleh Baki Zainal dan Caely See, barisan artis yang akan membuat persembahan secara langsung pada konsert Setia ‘Live Out Loud’ itu terdiri daripada:

  • Datuk Zainal Abidin
  • Nicholas Teo
  • Priscilla Abby
  • Santesh
  • Hael Husaini
  • Kumpulan pop The15.

Walau bagaimanapun, konsert Setia ‘Live Out Loud’ ini hanya diadakan untuk SATU malam sahaja, Ia juga diadakan sempena pembukaan rasmi Pusat Membeli Belah Setia EcoHill yang menawarkan pelbagai produk perkhidmatan seperti medan selera, tempat hiburan dan rekreasi kepada lebih 600,000 penduduk dari Semenyih, Cheras Selatan, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

Setia EcoHill adalah salah satu projek daripada siri Eco-perbandaran milik S P Setia yang telah memenangi anugerah yang menyokong gaya hidup mampan berkonsepkan kemudahan mesra alam. Pusat Beli-Belah Setia EcoHill menawarkan ruang perniagaan sehingga 3 ½ tingkat seluas 280,000 kaki persegi.

Pasaraya besar Lulu, sebuah pasaraya yang terkenal di peringkat antarabangsa khususnya di Timur Tengah yang dimiliki oleh Lulu Group International telah mengesahkan menjadi penyewa utama bagi pusat beli-belah tersebut. Pusat beli-belah ini juga dilengkapi dengan pelbagai tawaran F&B termasuk jenama terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Tealive, Boost Juice, Llao Llao, Sangkaya, Secret Recipe, Sushi King, The Chicken Rice Shop, Texas Chicken, Ipoh Kacang Putih dan Kari Puff Abe Yus. Penambahan terbaru kepada penyewa Pusat Membeli Belah Setia EcoHill adalah dari rangkaian Penjual Utama Telefon Bimbit berjenama ‘Apple’ dan rangkaian runcit pakaian berjenama F.O.S.

Konsert Setia ‘Live Out Loud’ kini dibuka untuk tempahan tiket secara percuma mulai hari ini melalui https://liveoutloud.spsetia.com/ dengan pilihan berdiri bebas dan tempat duduk percuma berdasarkan kaedah siapa cepat dia dapat.

Untuk infomasi dan maklumat lanjut, ikuti:

  • Setia ‘Live Out Loud’ (@setialiveoutloud) di Facebook dan Instagram.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: