Tahniah adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2021!
Tahniah juga kepada PTTI, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, yang terus konsisten dalam memberi sokongan, bimbingan, galakan dan manfaat kepada pelajar-pelajar ini sekaligus membanggakan ibu bapa, sekolah dan negara.
Dalam keputusan SPM 2021, seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh SEMUA A berbanding 34 pelajar pada 2020, menyaksikan peningkatan sebanyak 188%. Manakala pelajar mendapat 7A ke atas adalah seramai 383 pelajar berbanding 158 pelajar (2020) dengan peningkatan sebanyak 143% dan pelajar yang memperoleh 5A dan 6A pada 2021 adalah seramai 522 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan kadar peningkatan 43%.
Menghargai sokongan berterusan yang diberikan, PTTI telah meraikan 335 pelajar cemerlang SPM dalam Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 di Hotel The DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.
Melihat ini sebagai ruang untuk menghargai komitmen pelajar-pelajar ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, anugerah yang diberikan bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka.
“Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga, Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM. Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan pelajar-pelajar ini. Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua”
Di majlis itu juga, pelajar dan tetamu telah berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sesi wacana itu dikendalikan oleh moderator, Muhd Habibunajjar Sazali.
Melalui sesi ini, hadirin berpeluang mendapatkan pelbagai informasi mengenai sistem pendidikan negara sekaligus pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai usaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.
Keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh negara, beserta tenaga pengajar yang mahir, membuatkan ibu bapa meletakkan kepercayaan ke atas usaha PTTI dalam membantu calon-calon SPM berhadapan dengan peperiksaan terpenting.
Malah selepas ENAM tahun, PTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan pusat ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan.
Meletakkan pemahaman melalui teknik yang sesuai sebagai asas kepada setiap pengajaran di PTTI, sehingga kini pusat itu tidak pernah kering idea dalam memperkenalkan pelbagai kaedah berbeza dalam penyampaian ilmu. Melihat pembaharuan yang diperkenalkan perlu seiring dengan keperluan pelajar ini adalah rahsia PTTI terus relevan.
“Seiring dengan peredaran zaman tenaga pengajar PTTI juga turut dilengkapi dengan pengetahuan dalam penggunaan teknologi pendidikan. Sebagai pusat pendidikan, menjadi tugas kami sebagai guru khususnya lebih peka dengan kehendak pelajar. Fokus kami adalah untuk memastikan penyampaian ilmu ini dilakukan secara efektif selain mahu membawa sistem pendidikan negara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti di negara Jepun, Korea dan China”
Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40, PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.
“Inisiatif ini akan dilancarkan di mana pelajar tingkatan satu hingga lima akan mendapat bimbingan belajar dan tuisyen secara percuma bermula 24 hingga 30 Julai ini melalui aplikasi PTTI Better Result. Selain itu kami turut menyediakan 10,000 Buku Strategi Skor A SPM Percuma untuk membantu tingkatkan kemampuan dan kuasa tindakan pelajar berdasarkan tips praktikal sebenar dari pelajar cemerlang PTTI. Kami turut berbesar hati dengan pembabitan dua selebriti terkenal yang turut menyokong PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique yang akan membantu mempromosikan Program Malaysia Bangkit Belajar sekaligus mencapai impak yang lebih baik”
Leave a Reply