RABIATUL AFIQAH, PEMENANG UTAMA “THE BIG WIN’ ALAMANDA

Tahniah Rabiatul Afiqah Mohd Rahim yang membawa pulang kereta Proton X50 Flagship!

DSC02631-19 (2)

Lebih 4,000 pengunjung pusat beli-belah Alamanda menyertai kempen cabutan bertuah “The Big Win” ini namun sudah tertulis rezeki Rabiatul Afiqah, suri rumah berusia 30 tahun yang terpilih dari ribuan pengunjung ini.

“Saya sangat terkejut dan tidak percaya saya menang cabutan bertuah ini semasa menerima panggilan dari pihak Alamanda. Agak kerap juga saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi “tuah” saya belum kunjung tiba sehingga saat ini” 

DSC02633-20 (2)

Rabiatul Afiqah yang menetap di Seremban turut berkata beliau seringkali mengunjungi Alamanda memandangkan ibu dan abang beliau tinggal berdekatan.

“Lokasi Alamanda yang sangat strategik ini amat memudahkan perjalanan dan pengalaman membeli-belah saya dan keluarga yang mana kami boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang kami cari, pastinya ada di Alamanda”

Kempen membeli-belah “The Big Win” telahpun tamat pada 26 Jun 2022 lalu. Dengan setiap pembelian bernilai RM300 dimana-mana kedai terpilih berserta MAKSIMUM DUA resit pembelian, pembeli layak menerima sekeping baucar beli-belah bernilai RM30 dan satu penamaan untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah. Setiap pembeli yang layak dibenarkan membuat tiga penamaan maksimum untuk satu hari.

DSC02595-15 (2)

“Kepelbagaian tawaran menarik yang diadakan oleh pihak Alamanda adalah satu daya usaha untuk kami terus menghargai para pengunjung setia. Dengan kadar pemulihan ekonomi yang kian meningkat, pihak kami berharap agar inisiatif ini akan mendorong momentum positif yang berterusan untuk kita menginjak ke fasa hujung tahun yang lebih kukuh,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd.

Turut hadir di sidang penyerahan hadiah tersebut adalah Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong juga Ketua Pegawai Eksekutif The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang.

Berikut adalah fakta menarik mengenai hadiah utama Proton X50 yang ditawarkan:

  • varian “Flagship” yang dilengkapi dengan kepelbagaian ciri dan spesifikasi premium serta menarik
  • Harga atas jalan adalah RM103,300 (tidak termasuk insuran)
  • satu-satunya varian yang dilengkapi dengan bumbung panoramik
  • 1.5L TGDi Enjin 3-Silinder turbo suntikan terus
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0.

Kejayaan kempen ini adalah hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar sah Proton Malaysia, The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd yang berlokasi di Bandar Baru Bangi. Pusat perkhidmatan servis ini adalah antara pusat servis ternama Proton 4S yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan servis kereta, penjualan alat ganti dan pengedaran kereta proton sah malah perkhidmatan cat kereta juga turut disertakan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan kepelbagaian perkhidmatan dibawah satu bumbung.

Selain kempen cabutan bertuah, Alamanda juga kembali dengan Kempen “Golden Ticket” yang menawarkan baucar membeli-belah bernilai RM144,000 untuk dimenangi.

Kempen “The Golden Ticket”

DSC02699-28 (3)

Keriangan di Alamanda diteruskan dengan pelancaran kempen ganjaran harian. Kempen yang bermula pada 29 Julai sehingga 21 Ogos 2022 mengundang pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah segera dengan pembelian minimum yang bernilai RM300 melalui DUA bukti resit daripada mana-mana kedai terpilih di Alamanda layak menyertai cabutan bertuah segera ini.

DSC02485-2 (2)

101 kotak mini yang mengandungi baucar beli-belah Alamanda akan dibuka setiap hari, yang mana salah satu daripadanya mengandungi sekeping “Golden Ticket” bernilai RM1000 dan sekeping baucar “White Ticket” yang bernilai RM50 bagi 100 kotak yang lain. Pihak pengurusan Alamanda ingin memastikan tiada pembeli yang akan pulang tanpa sebarang habuan! Bagi meningkatkan tahap keterujaan, setiap lebihan hadiah akan digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikutnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah pembeli dikehendaki membawa bukti resit ke kaunter pertanyaan pada hari pembelian. Had penyertaan adalah satu hadiah untuk setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada.

Untuk sebarang maklumat mengenai Kempen “Golden Ticket” sila berhubung dengan pegawai pertanyaan di kaunter pertanyaan dan sila layari:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s