JOM NIKMATI HASIL KARYA SENI CAHAYA DI LaLaport BBCC

Kolektif karya seni ini dihasilkan oleh “teamLab: Resonating Microcosms” dan telahpun bermula pada 4 Ogos lalu dan bakal berakhir pada 30 November 2022 nanti.

teamLab, Resonating Microcosms - Liquified Light Color, Sunrise and Sunset © teamLab (2)

teamLab, sebelum ini telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, dan kali ini mempamerkan hasil karya seni cahaya di LaLaport BBCC yang mana pengunjung pastinya teruja dalam bentuk transformasi dengan kehadiran orang ramai dan persekitaran alam yang semula jadi.

Photo 4 (2)

■Nama Pameran
teamLab: Resonating Microcosms

■Tajuk karya
Resonating Microcosms – Liquified Light Color, Sunrise and Sunset

Photo 6 (2)

Rooftop Garden, yang menempatkan ovoid yang tidak terkira bilangannya, adalah sebuah ruang seni yang diubah suai mengikut perubahan dalam persekitaran semula jadi dan kehadiran orang ramai.

Di bawah sinaran matahari, ovoid menggambarkan dunia sekeliling mereka

Photo 1 (2)

Apabila sinaran matahari terbenam, ovoid itu akan mula bersinar dengan sendirinya. Tatkala ovoid itu ditolak oleh seseorang, ditiup angin atau ditimpa hujan, ia bersinar dengan terang dan mengeluarkan nada bunyi apabila ia memantul semula. Ovoid di sekelilingnya juga saling memberikan tindak balas dengan mengeluarkan nada bunyi dan cahaya warna yang serupa. Malah, pohon bergema di sekelilingnya juga akan memberikan tindak balas dan berubah secara berterusan.

teamLab juga bereksperimentasi dengan konsep warna. Ovoid berkenaan boleh berubah kepada sejumlah 57 Warna Cerah Cecair (Liquified Light Colors) yang baru.

Ruang pameran turut berubah secara interaktif di bawah pengaruh angin, hujan serta tingkah laku manusia di ruangan itu, sekali gus menjadikan persekitaran dan orang ramai sebagai sebahagian daripada hasil kerja seni berkenaan.

■Tajuk karya
Resonating Trees

Pohon-pohon bersinar dengan terang. Cahaya daripada setiap pepohon berkelip dengan sendiri secara perlahan-lahan.

Cahaya yang dihantar dari “Resonating Microcosms – Liquified Light Color, Sunrise and Sunset” menyebabkan cahaya pada pohon tersebut akan berubah warna dan nada khusus bergema mengikut warna. Cahaya pohon itu pula akan dihantar kepada pohon di sekelilingnya satu persatu, selagi bunyi-bunyian ada secara berterusan.

Apabila cahaya bergema dari pohon yang berada di kejauhan, ia menandakan kehadiran orang ramai. Barangkali seseorang itu akan lebih menyedari kehadiran orang lain di ruangan yang sama.

【Butiran pameran】

  • teamLab: Resonating Microcosms
  • Tempoh: 4 Ogos (Khamis) – 30 November (Rabu), 2022
  • Tempat: LaLaport BBCC Rooftop Garden (Aras 4)
  • Yuran: Percuma

■Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE
https://mitsui-shopping-park.com.my/

■Laman Web Rasmi Pameran
https://www.teamlab.art/e/lalaport_kualalumpur/

teamLab (ditubuhkan pada tahun 2001) merupakan kumpulan kolektif seni antarabangsa terdiri daripada kelompok pakar pelbagai seperti artis, pengaturcara, jurutera, juruanimasi CG, ahli matematik dan arkitek yang bekerjasama untuk mengemudi pertemuan seni, sains, teknologi dan alam semula jadi.

teamLab telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, antaranya di New York, London, Paris, Singapura, Silicon Valley, Beijing dan Melbourne serta pameran kekal berskala besar di Shanghai, Macau, Tokyo dan Singapura. Sehingga kini, teamLab menerima kehadiran lebih daripada 28 juta pengunjung ke pameran seninya di seluruh dunia.

Muzium Borderles teamLab di Tokyo menyaksikan 2.3 juta pengunjung daripada lebih 160 negara dan wilayah dalam tempoh setahun sejak pembukaannya dan diiktiraf sebagai muzium kumpulan seni tunggal yang paling banyak dilawati di dunia. Ia juga dinamakan sebagai salah sebuah Tempat Paling Hebat di Dunia pada 2019 oleh majalah Time.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: