Garis Masa Concert-Raihan ini akan diadakan pada 26 November nanti di Stadium Malawati, Shah Alam.
Meskipun Raihan kini hanya dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibr, mereka yakin dapat memberi persembahan yang terbaik untuk peminat-peminat mereka.
“Garis Masa Concert-Raihan akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan semula nostalgia serta fenomena alunan nasyid yang pernah menjadi kegemaran peminat muzik di Malaysia. Sebagai kumpulan yang telah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta menerima pengiktirafan, kami percaya Garis Masa Concert-Raihan mampu menarik orang ramai untuk menonton konsert mereka, malah ia akan menjadi sebuah persembahan yang lain dari biasa peminat saksikan. Raihan membawa mesej kebaikan sepanjang zaman. Setiap agama mengajar tentang kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Saya percaya bahawa muzik juga salah satu dorongan kepada kebaikan. Dan Raihan sudah membuktikan dari tahun 90an merentas 6 benua dari dulu hingga kini. Mereka malah pernah membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth dengan menyanyikan lagu nasyid. Malah lagu-lagu dan persembahan mereka merentas hingga ke Dubai, Afrika, Rusia dan banyak negara lagi.”-Jim Liew, Penganjur mewakili WNS Marketing & Events Sdn Bhd.
Menurut Jim lagi, judul Garis Masa diambil kerana dirasakan sesuai dengan ‘timeline’ untuk mereka yang sudah mendengar lagu-lagu Raihan dari kecil hingga sekarang. Malah muzik Raihan juga didengar dan dinikmati oleh pelbagai bangsa dan agama.
“Kawan-kawan Melayu kalau mahu berpuasa akan dengar lagu niat puasa dari Raihan. Saya teruja bila rekod Raihan mampu terjual hingga 800,000 unit dan masih belum dipecahkan. Walaupun artis sekarang dapat berjuta-juta view, belum tentu dapat mengatasi perjalanan garis masa Raihan.
Persembahan Garis Masa Concert-Raihan akan memakan masa sekitar 90 minit, bermula pada pukul 8.45 malam dengan mengalunkan untaian hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur, Bismillah dan Senyum.
Pastinya mendengar seleksi judul lagu sahaja memberi nostalgia lama kepada peminat-peminat Raihan!
Che Amran yang mewakili Raihan melahirkan rasa syukur kerana disebalik banyaknya lambakan konsert, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini akan dapat menyemarakkan suasana dengan nuansa muzik nasyid kebanggaan mereka.
“Kami sangat bersyukur kerana ikut berpeluang melakukan Garis Masa Concert-Raihan dalam pada masa kini kebanyakan peminat mungkin sudah kurang mendengar lagu-lagu nasyid seperti sekitar akhir tahun 90-an. Terima kasih kepada penaja kerana percaya dan mahu Garis Masa Concert-Raihan dilaksanakan pada 26 November nanti. Terima kasih kepada pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana sudi menjadi penaja untuk sesi sidang media kami. Semoga peminat Raihan yang sedia ada boleh menggamit nostalgia dan peminat baharu mengenali gaya muzik Raihan yang kali ini akan muncul dengan pelbagai instrumen dan akan menjadikan sesebuah seni iyu kedengaran indah disamping membina kenangan baru antara Raihan dan peminat semua”
Tiket untuk Garis Masa Concert-Raihan boleh dibeli melalui http://www.ticket2u.com.my pada harga RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450 dan RM500 mulai 25 Ogos.
Leave a Reply