SUKE GO: HASIL KERJASAMA SUKE SHOP & GOKINGKONG

Tahukah anda, kini penghantaran jadi lebih mudah dengan SUKE GO?

Ya!

SUKE SHOP, platfom e-dagang yang berkonsepkan pembelian dari rumah di bawah naungan rangkaian hiburan tempatan SUKE TV telah melancarkan perkhidmatan penghantaran premium dan eksklusif ini. Sememangnya perkhidmatan ini lain dari lain.

IMG20220905154613 (2)

SUKE GO ini dihasilkan dengan kerjasama plaform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG. Plaform agregator ini menghubungkan pengguna secara terus kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan. Ia juga bertindak sebagai pengurus penyumberan peribadi yang menyalurkan tawaran terbaik dalam pasaran kepada pengguna. Ia menyediakan produk di bawah pelbagai kategori yang secara am beroperasi bi bawah EMPAT teras utama iaitu:

  • LEBIH baik
  • LEBIH pantas
  • LEBIH selamat
  • LEBIH berpatutan

IMG20220905152318 (2)

Satu sidang media memperkenalkan SUKE GO telah diadakan bersama pengamal media tempatan, selebriti terkemuka dan rakan kongsi yang terlibat. Turut hadir adalah Dato’ AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV, Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG.

Untuk makluman, SUKE GO menawarkan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA pada hari bekerja, ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di SUKE SHOP. Dengan adanya SUKE GO ini, pembeli yang membuat pembelian di SUKE SHOP dapat menikmati penghantaran barangan yang efisien, cepat dan senang, terus ke halaman rumah mereka.

Dalam majlis pelancaran tersebut, SUKE SHOP juga telah membuat pengumuman akan penambahan lebih 20,000 produk baharu yang terdiri daripada barangan elektronik dan isi rumah, barangan keperluan haiwan peliharaan, barangan runcit, barangan jenama seukan terkemuka seperti Puma, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi yang pastinya memikat pelanggan di luar sana untuk membuat pembelian.

Dan berita baik untuk pelanggan-pelanggan yang berdaftar sebagai ahli baru di sukeshop.com, baucar bernilai sehingga 10 Juta tersedia untuk anda! Jadi jika anda masih belum menjadi ahli, jangan tunggu lama dan cepat-cepat daftar sebagai ahli di sukeshop.com.

Bukan itu sahaja, pembeli SUKE SHOP yang membuat pembelian minima RM100 dalam SATU resit melalui peraduan SUKE Menang, anda  berpeluang memenangi sebuah kereta Ferrari atau hadiah wang sejumlah RM1 Juta!

Wow hebatnya. Bukan calang-calang hadiah yang ditawarkan untuk pembeli SUKE SHOP.

IMG20220905170909

“SUKE GO akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka. Dengan SUKE GO, kedua-dua pihak SUKE SHOP dan GOKINGKONG akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami. SUKE SHOP berharap kerjasama dengan GOKINGKONG ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri e-dagang tempatan” kata Dato’ AC Mizal.

IMG20220905153203 (2)

Menurut Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG:

“Sektor e-dagang Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang mendadak sejak wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lepas. Selaras dengan itu, GOKINGKONG kini berada dalam fasa pembangunan yang menarik dan kami sangat teruja untuk menerokai peluang kerjasama bersama SUKE SHOP ini”

SUKE SHOP berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran dalam segmen e-dagang Malaysia dan terus berkerjasama menjalin perkongsian seperti ini untuk meningkatkan pengalama beli-belah pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: