Jika tahun lepas anda tidak berpeluang memenangi Golden Ticket Suria KLCC ini, maka tahun ini mungkin tuah anda berubah dan dapat membawa balik RM5,000!
Ini kerana Kempen ‘The Golden Ticket’ kembali lagi di Suria KLCC dengan ganjaran sehingga RM500,000 untuk dimenangi!
Bermula 1 September sehingga 18 September 2022, DUA baucar beli-belah bernilai RM5,000 akan di berikan setiap hari sepanjang tempoh Kempen ‘The Golden Ticket’ di Suria KLCC.
Kempen ‘The Golden Ticket ’kembali ke Suria KLCC buat kali ketiga lanjutan dari sambutan hebat sejak ia diadakan pada tahun 2020 dan 2021. Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam DUA resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk membawa pulang tiket emas bernilai RM5,000.
Sebanyak 100 kotak misteri akan ‘dihidangkan’ di Centre Court yang mana di dalam salah satu kotak tersebut, terdapat sekeping ‘Golden Ticket’. Yang lebih menarik mengenai kempen cabutan bertuah ini, pelanggan yang tidak bertuah untuk memenangi ‘Golden Ticket’ pasti akan menerima ganjaran ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50 yang diletakkan dalam 99 kotak.
Dan,
pemenang ‘Golden Ticket’ akan diraikan dengan pengalaman mengambil gambar di laman “The Wall of Winners”. Gambar dan video pemenang yang bertuah akan dilayarkan di skrin digital berputar yang terletak di Centre Court.
DUA pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui dua sesi cabutan iaitu:
- Cabutan pertama pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang
- Cabutan kedua pada jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam
100 tiket yang baru akan di tambah pada setiap sesi untuk direbut. Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.
Setiap pelanggan dibenarkan untuk menyertai sesi cabutan ‘Golden Ticket’ terhad untuk satu kali setiap hari. Sesi cabutan tersebut hanya sah diadakan pada hari resit pembelian.
Dalam usaha mempromosikan kempen ini, ‘mobile truck’ Suria KLCC yang dihiasi tema ‘Golden Ticket’ telah berarak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memeriahkan sambutan kempen dan bertujuan sebagai pratonton terhadap peluang keemasan yang menanti para pelanggan Suria KLCC.
Selain itu, Kotak Misteri juga disediakan semasa Kempen ‘Golden Ticket’ Bergerak Mini ini yang mana setiap kotak mengandungi ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM10 dan juga ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM50.
“Kami amat berbesar hati untuk kembali dengan Kempen ‘The Golden Ticket’ pada tahun ini melihat pada sambutan yang sangat hebat pada tahun-tahun yang lepas daripada pelanggan setia kami. Kempen ini dilihat menerima penghargaan yang tinggi apabila kami berusaha memastikan hampir kesemua pelanggan yang berbelanja akan membawa peluang sebentuk ganjaran. Dengan kelangsungan pandemik yang semakin dalam kawalan, kami berharap agar inisiatif ini memberi impak yang positif untuk para peruncit di Suria KLCC dan secara tidak langsung membantu peningkatan ekonomi negara menginjak akhir tahun 2022” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.
Leave a Reply