Ini adalah Konsert Solo Pertama Dato’ Sri Rossa sejak pandemik Covid-19 melanda dua tahun lalu.
Kali terakhir beliau mengadakan konsert adalah sewaktu siri jelajah “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 15,000 penonton.
Dan,
kali ini, Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Malaysia bakal diadakan pada 2 November 2022 nanti. Ia dianjurkan degan kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL (PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL (KOPENA).
Tujuan konsert ini diadakan adalah sempena penglibatan Dato’ Sri Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik. Ia akan melibatkan EMPAT pPengarah Muzik iaitu Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta Orkestra yang akan membawakan lebih dari 25 lagu hits Dato’ Sri Rossa.
“Rossa 25th Shining Years Concert” ini semakin mengukuhkan nama Dato’ Sri Rossa dalam sejarah industri muzik serantau memandangkan konsert ini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di Indonesia dan menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia .
“Alhamdulillah aku bersyukur, akhirnya yang ditunggu-tunggu hampir tiba, sudah tidak sabar ingin ketemu dengan fans di Malaysia. Setelah menahan rindu selaam dua tahun akibat pandemik, senang banget rasanya sudah bisa konsert offline lagi di KL”.
Begitu ucapan Dato’ Sri Rossa kepada wakil media yang hadir di Sidang Media secara online di Jakarta pada 9 September 2022 lalu.
Menurut Dato’ Mohd Aizuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN yang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar,
“Penganjuran Konsert Dato’ Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya serta yayasan untuk tujuan kebajikian yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi. Saya bersyukur kerana Dato’ Sri Rossa sentiasa prihatin dengan kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersil semata-mata. Beliau bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin dan Tabung Pendidikan Anak Bangsa. Dalam masa sama, PRIHATIN mengalu-alukan pihak korporat dan orang perseorangan untuk mmebeli tiket korporat seterusnya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan melalui konsep “Berhibur Sambil Beramal”. Selain itu, penglibatan Myvitalab yang terlibat dalam bidang perniagaan kesihatan dan personalised bekerjasama buat pertama kali dengan PRIHATIN akan memberi impak luar biasa kerana mereka juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan.
Untuk konsert penglibatan 25 tahun Rossa dalam industri seni, fesyen tentu menjadi pelengkap bagi elemen visual dan hiburan. Rossa ingin membuat pertujukan mahakarya yang akan memuaskan penggemarnya. Faye yang bertindak sebagai Image Director dalam mereka segala busana dan aksesori daripada designer mode papan atas untuk memaksimakan aksi Rossa di Plenary Hall KLCC. Pereka-pereka fesyen yang terlibat adalah TIGA pereka fesyen terkemuka Indonesia iaitu perancang busana Didi Budiardjo dan Monica serta Pereka Fesyen Aksesori, Rinaldy A.Yunardi.
Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM3,000 dan sehingga hari ini telah banyak terjual. Jadi bagi yang belum membeli tiket konsert ini, boleh membeli secara online melalui ticket2u.com.my manakala tiket offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP di talian 013-3886533 (Puan Nelle).
Leave a Reply