KONSERT LIVE REUNIC THE FINALE SATUKAN SEMULA SEMBILAN ANGGOTA UNIC

Wow pasti hebat persembahan konsert ini dengan gabungan seluruh anggota UNIC apatah lagi buat julung kalinya, sebuah konsert nasyid diadakan di lokasi acara bertaraf dunia.

IMG-20220913-WA0016 (2)

Dijangka berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2022 nanti, konsert REUNIC Live In Concert The Finale See You di IPT The Musical akan bermula pada pukul 8.00 malam.

Dan TAHNIAH kerana dalam masa LIMA hari sebaik sahaja penjualan tiket dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos lalu, semua tiket sudah habis dijual sekaligus membuktikan bahawa kumpulan UNIC masih lagi diminati ramai terutamanya peminat-peminat nasyid. Penjualan tiket ini dibuka bukan sahaja untuk peminat Malaysia tetapi juga peminat di Singapura, Indonesia dan serata dunia. Hasil sebahagian penjualan tiket akan disalurkan ke tabung kemanusiaan Cinta Gaza Malaysia.

IMG-20220913-WA0012 (2)

Bukan sahaja mendapat sokongan peminat nasyid, konsert ini juga mendapat sokongan dana melalui Geran DKD (Dana Kandingan Digital) yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) serta dikuatkuasakan lagi oleh Kumpulan Megaklinik Zahran yang membuktikan usaha sama kerajaan dan badan swasta perlu dalam memastikan sesuatu program itu mempunyai impak yang maksima.

IMG-20220913-WA0015 (2)

Konsert REUNIC pastinya lebih istimewa kerana menyatukan seluruh anggota UNIC seramai sembilan orang dari tahun 2002 hingga kini di atas satu pentas. Bukan mudah mengumpul semuanya bagi konsert ini memandangkan masing-masing mempunyai komitmen sendiri. Dengan kemunculan sembilan ahli UNIC ini, maka wajarlah konsert kali ini dinamakan “The Finale”.

Mengapa pemilihan lokasi konsert di Bukit Bintang dan bukannya IPT seperti nama konsert “See You di IPT”?

Menurut Dr. Fitri Haris selaku Pengarah konsert bersama Fakhrul dan Bazli UNIC, konsert-konsert UNIC memang sinonim dengan IPT.

“Pemilihan tempat di Bukit Bintang membuktikan bahawa nasyid juga mampu bersaing setaraf muzik arus perdana yang pernah diadakan di situ seperti Kumpulan Search, Bunkface dan artis-artis antarabangsa yang lain lantas menaikkan martabat nasyid di mata dunia”

Tambah Dr. Fitri Haris yang juga ahli FDAM dan berpengalaman mengarah beberapa projek sebelum ini ingin menyuntik satu kelainan dengan memperkenalkan konsert nasyid berkonsep muzikal dengan tema “See You di IPT The Musical”.

Tema yang diadaptasi daripada telefilem See You di IPT oleh UNIC pada tahun 2004 sememangnya tidak asing bagi peminat-peminat UNIC yang sentiasa mengikuti perkembangan kumpulan ini sejak dari dulu.  Malah dengan membawa telefilem ini ke atas pentas beserta kemunculan khas selebriti terkenal Bell Ngasri yang membawa watak pelajar nakal serta Bienda pastinya menggamit nostalgia.

Selain Bell dan Bienda, artis-artis jemputan seperti Zizi Kirana, Mawi dan Anas bakal menyemarakkan persembahan konsert.

Sebanyak 20 lagu akan didendangkan kepada penonton berselang seli lagu-lagu hits dengan persembahan yang dibahagikan kepada EMPAT segmen iaitu:

  1. Permulaan
  2. Muzikal
  3. Srikandi
  4. Persahabatan

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri konsert secara langsung, boleh mendapatkan tiket konsert yang terhad melalui pengstriman dalam talian di http://t2u.asia/e/2844 dan akan ditayangkan sehari selepas konsert iaitu pada 9 Oktober jam 9.00 malam.

Sebarang pertanyaan mengenai konsert, boleh menghubungi Dr. Fitri Haris di 011-26684664

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: