UNITAR, UPNM & PRIHATIN TANDATANGANI MOU BANTU PELAJAR B40

Kerjasama ketiga-tiga pihak ini adalah sempena siri Jelajah Pendidikan Prihatin yang diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar kategori B40 yang melanjutkan pelajaran di UNITAR serta UPNM.

IMG20221003104615 (2)

Oleh itu, satu Memorandum Persefahaman tiga penjuru telah diadakan di kampus induk UNITAR, Kelana Jaya pada 3 Oktober lalu dengan tujuan membangun, menyokong dan memperkayakan pembangunan penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi pemacuan pertumbuhan negara.

IMG20221003104720 (2)

YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan turut menghadiri, menyaksikan  dan menyempurnakan program majlis berkenaan.

1664788926343894-0 (2)

                     Credit gambar:m3g4tzreview.blogspot.com

Sebagai sebahagian daripada aktiviti Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM), turut diadakan acara penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada anak-anak Wilayah Persekutuan berupa komputer riba, wang tunai dan keperluan kelengkapan diri.

IMG20221003094657 (2)

Menurut Naib Canselor UNITAR, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, UNITAR yang meraikan sambutan Jubli Perak yang ke-25 tahun ini, adalah universiti maya pertama di Asia Tenggara yang mampu mewujudkan inisiatif dan aktiviti berasaskan teknologi, seperti
pembelajaran dalam talian yang telah menjadi nadi dan kepakaran UNITAR yang telah diiktiraf ramai dalam industri pendidikan.

Tambah beliau, UNITAR kini mempunyai Sekolah Pengajian Siswazah, yang menempatkan segala program akademik dan inisiatif berkaitan pasca siswazah dengan lebih daripada 50 profesor adjung, yang terdiri daripada pemimpin industri berkepakaran, berpengalaman dan berkaliber. Beliau yakin bahawa pengetahuan mereka yang mendalam berserta pengalaman yang luas di dalam industri akan memberikan nilai tambah kepada segala bentuk kerjasama antara UNITAR, UPNM dan PRIHATIN.

Berikutan perbincangan antara UNITAR dan UPNM, kedua-dua universiti melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak, berhasrat untuk mewujudkan kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan tinggi dalam bidang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi seperti:

  •  Menjalankan kolaborasi latihan pemindahan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian
  • Melaksanakan sangkutan staf (staff attachment) kepada staf akademik dan bukan akademik
  • Membangunkan kolaborasi penyelidikan dalam bidang-bidang tujahan yang berkaitan
  • Melaksanakan program-program akademik dan lain-lain program yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak, misalnya Micro-Credentials

IMG20221003100849 (2)

Menurut Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah, pihak UPNM beraspirasi dan sentiasa percaya bahawa setiap ahli masyarakat, khususnya anak-anak muda yang berasal dari keluarga berkeperluan, mesti diberikan sokongan yang sewajarnya dan peluang untuk mendapat akses pendidikan terbaik. Dalam merealisasikan hasrat ini, UPNM berasa bahawa UNITAR dan PRIHATIN dalah rakan-rakan strategik yang sesuai untuk sama-sama berkongsi wadah sepunya untuk membina upaya mahasiswa sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

Beliau menambah lagi sebagai antara Universiti Swasta terawal ditubuhkan di Malaysia, UNITAR amat terkenal dan disegani dengan prestij serta kehebatannya dalam penawaran pelbagai program pengajian, manakala ekosistem PdP dalam talian bertaraf global yang menerima penarafan QS 5-Bintang adalah pencapaian yang menjadi bukti kerja keras warganya. Sesungguhnya, beliau berasa bahawa peningkatan kapasiti UNITAR yang begitu luar biasa, menjadi inspirasi dan contoh terbaik dalam amalan tadbir urus kepada universiti lain termasuk UPNM. Justeru, beliau percaya kerjasama UPNM dengan UNITAR akan membuahkan hasil yang baik untuk memacu perkembangan positif dalam penyelidikan dan pendidikan tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali, matlamat mereka sebagai rakan strategik adalah bagi mengangkat martabat serta menjayakan program-program berteraskan Pendidikan untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia mendapatkan ilmu pengetahuan dan mendapat peluang meneruskan pengajian ke peringkat Menara Gading.

Tambah beliau, MAIWP turut menjadi rakan strategik PRIHATIN sejak penubuhan yang telah banyak menyumbangkan dana bagi memastikan program-program PRIHATIN terlaksana, seperti penyerahan komputer riba bagi Bantuan Pendidikan JPKM hasil sumbangan dana daripada MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang layak pada majlis hari ini.

Beliau berharap agar PRIHATIN dapat memeteraikan perjanjian dan bekerjasama dengan lebih banyak Institusi Pengajian Awam mahupun Swasta serta agensi kerajaan bagi membantu dan meringankan beban lebih ramai anak-anak Keluarga Malaysia, masyarakat dan rakyat Malaysia yang terkesan dan tidak bernasib baik di samping kita juga dapat menyahut seruan kerajaan yang menekankan prinsip ‘Keluarga Malaysia’.

Beliau turut merasakan bahawa melalui kerjasama Prihatin bersama UNITAR dan UNPM, pelbagai aktiviti dan program dapat dirancang dan dilaksanakan bersama dalam pembangunan pelajar yang berdaya saing ke arah melahirkan modal insan dalam kalangan graduan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s