REBIU FILEM: SAYAP-SAYAP PATAH

Poster-011 (2)

Kemunculan kembali Nicholas Saputra dalam filem terbaharu ini pastinya akan menggamit semula watak Rangga dalam filem-filem cinta beliau yang pernah popular pada masa dulu iaitu “Ada Apa Dengan Cinta 1 & 2”.

Dalam filem yang diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2018, Nicholas membawa watak sebagai Aji, suami kepada Nani yang dilakonkan oleh artis wanita yang tidak kurang hebatnya di Indonesia, Ariel Tatum.

Gandingan kedua-dua pelakon ini menjadikan jalan cerita Sayap Sayap Patah yang juga mempunyai elemen-elemen romantik ini sangat menarik.

Kerjaya Aji sebagai anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 membuatkannya sentiasa berada di barisan hadapan bersiap sedia membanteras musuh negara, melindungi rakyat daripada pengganas serta terorisma.

Ini menyebabkan Nani sentiasa berasa bimbang dengan keselamatan suaminya apatah lagi dia sedang sarat hamil anak sulung mereka.

Artboard (30) (2)

Akibat terlalu risau dan bimbang, Nani sering merasa tertekan hingga menjejaskan kandungannya dan memaksa dia pulang ke rumah ibunya di Jakarta.

Namun kebimbangan yang sering dirasai oleh Nani menjadi realiti. Hari pertama Aji bertugas, terjadinya satu rusuhan di penjara yang menempatkan pengganas-pengganas yang ditahan di Mako Brimod, Kelapa Dua. Sewaktu cuba menangkap semula pengganas-pengganas ini, situasi di penjara menjadi tegang apabila Aji menjadi salah seorang anggota yang dijadikan tebusan.

Kebahagian rumahtangga mereka dilanda dugaan apabila pada hari pertama Aji bertugas, terjadi rusuhan di penjara tempat para pengganas ditahan di Mako Brimod, Kelapa dua, Depok (kisah benar yang berlaku pada tahun 2018 yang lalu). Situasi menjadi tegang dan mencengkam apabila Aji menjadi salah seorang anggota yang dijadikan tebusan oleh pengganas.

slide 1 (2) (2)

Dalam masa yang sama Nani pula bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung mereka dan tanpa kehadiran Aji di sisi menemani saat-saat genting menjadi satu cabaran emosi yang perlu ditanggungnya sendirian.

Filem Sayap Sayap Patah ini menonjolkan akan pengorbanan yang perlu dilalui oleh setiap pasangan suami isteri dalam melayari rumah tangga kerana banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Perlu ada komunikasi dan toleransi kerana ia melibatkan emosi kedua-dua pihak.

Artboard (16) (2)

Dalam masa sama, filem ini juga membuka mata tentang pengorbanan yang tiada manfaat malah membawa kesusahan pada orang lain. Terlalu taksub pada satu fahaman hingga membelakangkan pada logik akal, bukan sahaja membinasakan malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa yang sia-sia. Jika dilihat pada kisah benar yang telah terjadi, seramai 5 anggota keselamatan telah terkorban!

Memang terganggu sedikit emosi dan rasa sebak apabila melihat situasi isteri dan anak-anak yang ditinggalkan ini akibat ketaksuban orang lain.

Lagu tema yang dibawakan oleh Amir Masdi berjudul “Ku Tunggu Senyumanmu” pula sangat bertetapan dengan jalan cerita ini. Memang menyentuh perasaan!

Artboard (14) (2)

Sememangnya kehebatan filem ini bertitik tolak melalui gabungan barisan pelakon yang hebat antaranya Iwa K, Nugie, Edward Akbar, Poppy Sovia, Ariyo Wahab, Khiva Iskak. Dewi Irawan, Gibran Marten, Revaldo, Aden Bajaj dan ramai lagi serta watak-watak antagonis yang dibawa oleh pelakon yang sebelum ini membawa watak baik membawa satu kelainan dan kepuasan untuk penonton.

Jadi, jika anda peminat Nickolas dan juga filem-filem Indonesia, maka wajib menonton Sayap Sayap Patah ini.

Sayap Sayap Patah

  • Penerbit: Denny Siregar, Yoen K
  • Pengarah: Rudi Soedjarwo
  • Penulis skrip: Monty Tiwa, Eric Tiwa, Alim Sudio
  • Penyampai: Denny Siregar Production, Maxima Pictures
  • Syarikat Produksi: PT Cakra Film Indonesia
  • Tempoh siaran:113 minit
  • Tarikh tayangan: 13 Oktober 2022
  • Pemegang lesen di Malaysia:MoreADD Holding Berhad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: