Rata-rata jenama ini terdiri daripada MNC Global Utama dan Korporat Tempatan terunggul. Mereka diberi penghormatan dalam satu acara makan malam yang diadakan khas bagi meraikan kejayaan mereka.
Tahun ini, Superbrands Malaysia 2022 meraikan edisi kali ke-14 dan sebanyak 27 jenama telah dipilih bagi memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling bernilai di pasaran dalam acara anugerah tahun ini.
Superbrands iaitu pihak bebas dan arbiter penjenamaan mengadakan acara tahunannya bersama syarikat multinasional (MNC) global utama dengan korporat tempatan terunggul merangkumi pelbagai spektrum industri yang berbeza.
Malam Anugerah Superbrands Malaysia 2022 telah dirasmikan oleh Datuk Yong Soo Heong, bekas Ketua Eksekutif dan Ketua Editor Bernama. Beliau juga adalah ahli amanah Institut Press Malaysia (Malaysian Press Institute) dan Kelab Press Nasional (National Press Club). Datuk Yong adalah ahli Majlis Penyeliaan Bernama (Bernama Supervisory Council), sejak dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2019.
Datuk Yong berkata:
“Sebagai pemberita kanan dari dahulu, saya sudah menyaksikan evolusi dan perkembangan pelbagai jenama Malaysia. Saya sungguh berbangga dengan pemimpin bisnes dan pembuat keputusan, sudah mengenali jenama tempatan dari durian Musang King beserta ramai lagi brand lain yang bertambah kukuh di peringkat antarabangsa.
Dengan sempadan serantau dan sedunia kini menjadi lebih terbuka, kepentingan penjenamaan dihargai lebih lagi dengan bertambahnya inisiatif dalam talian berbanding model ‘brick and mortar’. Usaha menjalankan pendekatan di luar kotak serta inisiatif seterusnya menjadi lebih runcing. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua jenama malam ini dan berharap anda semua bertabah dalam suasana pasaran kompetitif dengan penjenamaan yang tepat”
Mike English, Pengarah Superbrands berkata:
“Anugerah Superbrands Malaysia 2022, yang dianggap sebagai ‘Oscars penjenamaan’ dalam dunia korporat, akan menyampaikan anugerah kepada jenama yang menang termasuk ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengarah pemasaran dan lain-lain eksekutif pemasaran dan eksekutif perhubungan awam selaku wakil syarikat. Superbrands juga memperkenalkan penerbitan Superbrands yang dinanti-nanti dengan gaya buku kopi meja dengan kandungan profil dua mukasurat untuk setiap Superbrands di acara tahun ini.
Acara anugerah ini akan menyerlahkan jenama dan mempromosikan kejayaan mereka serta untuk para eksekutif kanan berkumpul sambil meraikan status Superbrands. Kami berasa gembira kerana ramai jenama tempatan yang termasuk peserta baru, telah memasuki senarai Superbrands tahun ini bersama jenama yang diiktiraf secara global. Jenama ini bukan hanya diundi oleh ahli majlis jenama terkenal tetapi juga oleh para profesional pemasaran malalui undian atas talian”
Selepas menjalani kriteria pemilihan yang ketat oleh Majlis Superbrands, lebih daripada 3,000 profesional telah dijemput untuk mengundi bagi calon-calon jenama. Lebih daripada 1,400 jenama utama di Malaysia telah menjalani saringan oleh majlis dan melalui pengundian dalam talian, sebelum jenama dengan markah tertinggi diiktiraf sebagai Superbrands.
Hanya jenama yang mencapai tahap pengiktirafan seperti ditetapkan oleh Majlis bebas ini layak untuk dimasukkan dalam buku Superbrands Malaysia termasuk rekod sejarah dan pencapaian bagi setiap jenama.
“Jenama terbaik di Malaysia yang terdiri daripada barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga perniagaan sekeluarga dipaparkan dalam buku ini. Penyertaan dalam buku Superbrands adalah melalui jemputan sahaja dan ini menampilkan kekuatan yang ada pada sesuatu organisasi dan nilai jenamanya. Kesemua peserta program Superbrands berhak menggunakan logo Superbrands dalam kempen pengiklanan, pembungkusan dan lain-lain bahan komunikasi pamasaran. Cerita jenama itu juga dipaparkan di laman web Superbrands” tambah Mike English.
Majlis Superbrands termasuk individu-individu yang telah menunjukkan kebolehan dalam perniagaan dan berpengetahuan tentang pasaran dan perniagaan. Badan korporat yang dipilih sebagai Superbrands menerima kelebihan terutamanya endorsmen tinggi serta bukti ternyata untuk pelanggan semasa mahupun yang berpotensi, pihak media, pembekal, pelabur dan setaf di setiap jenama dengan ciri-ciri khas yang berasingan.
Berikut adalah penerima-penerima Anugerah SUPERBRANDS MALAYSIA 2022:
- AGMO HOLDINGS
- AGRICORE CS
- APACS
- BLANK MALAYSIA
- CAMEL POWER
- CARYA COSMETICS
- CATALYST EDUCATION
- DIREACH
- DZI KINGDOM
- HASNURI
- HEADMISTRESS
- MY BALLERINE
- NATURE CARE
- NUETRAA
- PHITEN MALAYSIA
- QWARE
- RESPACK
- RETOUCH
- THE OLIVE TREE GROUP
- THE SKIN LOVERS
- TODAK
- TST TIN’SECRET
- URBAN SPICE & SEASONINGS
- VERDURE HEALTHCARE
- VITAHEALTH
- WOOOT CARPENTER
- X ONE
Tahniah sekali lagi kepada pemenang-pemenang ini!
Leave a Reply