FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA KETENGAHKAN BAKAT PENGKARYA OKU

Program ini bakal berlangsung pada 30 Oktober 2022 bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam di Aras 2, Gerbang Kerinchi Lestari (Bangsar South), Pusat beli-belah KL Gateway, Kuala Lumpur.

IMG20221020154119 (2)

Pelbagai acara yang menampilkan penyertaan dikalangan individu kelainan upaya bakal diadakan. Rata-rata acara yang dirangka ini menfokuskan kepada acara berbentuk seni budaya seperti persembahan dan pertandingan serta ruang pameran hasil karya seni yang dihasilkan oleh golongan istimewa ini.

IMG20221020160545 (2)

Menurut Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia dan juga komposer lagu “ Namun Ku Punya Hati “ yang merupakan lagu Ikonik bagi golongan insan istimewa ini:

IMG20221020153056 (2)

“Inisiatif penganjuran acara Festival Seni Insan Istimewa ini tercetus apabila beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang dianggotai lebih 100 individu menyarankan agar diadakan satu acara seni khusus terhadap mereka, yang rata-ratanya amat berbakat dan menjadikan karier selaku Buskers bagi menampung pendapatan seharian mereka”

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan kepada insan istimewa ini adalah pertandingan Idola Istimewa, pertandingan Kugiran Istimewa, pertandingan memasak, melukis, sukan ringan dan banyak lagi. Semua aktiviti ini diadakan secara PERCUMA bagi semua golongan kelainan upaya dari semua kategori iaitu kelainan upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota dan autism

IMG20221020160721 (2)

Selain aktiviti-aktiviti, turut disediakan puluhan Booth pameran berkaitan dengan komuniti ini. Pada malam hari pula, akan diadakan satu Konsert Istimewa yang bakal menampilkan bakat-bakat seni suara istimewa dan diantara yang terlibat ialah Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif dan juga rakan-rakan artis lain antaranya Moq, Dato/ Yusni Hamid, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.

“Terima kasih tidak terhingga di atas bantuan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyediakan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2022 bagi merealisasikan acara Festival Seni Insan Istimewa. Juga rakan-rakan strategik penting seperti Yayasan Wilayah Persekutuan di mana YB Menteri WIlayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim sendiri telah bersetuju memberi sumbangan terhadap program ini melalui Yayasan WP atas keprihatinan beliau terhadap golongan ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP Bangi), SWATV, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), OCBC (yang menyumbang untuk hadiah pertandingan), OKU Sentral dan YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberi sokongan penuh untuk mendapatkan peserta dan penyertaan gerai pameran dan pastinya KL Gateway Mall selaku penaja lokasi untuk menjayakan festival ini. Diharapkan semoga festival ini bakal memberikan kegembiraan dan penghargaan bagi golongan istimewa ini. Terima Kasih juga buat anda para rakan-rakan wartawan atas sokongan berterusan kepada usaha Karyawan dan aktiviti kami”ujar Freddie.

Bagi mana-mana individu atau badan bukan kerajaan yang berminat untuk menjadi penaja boleh menghubungi pihak urusetia melalui:

  • emel:okufestive@gmail.com
  • talian Tel: +6012 315 3988(Tuan Hj. Kamaluddin Mohd. Kasim)

Bagi rakan -rakan OKU dan artis yang ingin terlibat dalam acara yang disediakan, sila hubungi +6017 736 9896 (En. Syafiq Bruno).

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: