Nama Bihzhu atau sebutannya ‘Bee Choo’, wanita kelahiran Malaysia yang menawan hati peminat-peminat muzik antara bangsa seperti India dan Korea Selatan.
Credit photo:https://www.facebook.com/bihzhumusic
Meskipun namanya serta ‘Jiwa Perkasa’ asing di tanah air sendiri, namun hakikatnya bakat beliau telah ‘Mendunia’. Asing dari pendengaran di kelompok komersil, bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan.
Credit photo:https://www.facebook.com/bihzhumusic
Sebenarnya, Bihzhu sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lain di seluruh pelusuk dunia. Beliau aktif melakukan persembahan di luar negara yang mana rata-rata ramai yang sangat menghargai bakat besarnya.
Dan,
Kini tibalah masanya, kita menerima dengan tangan terbuka dan mengangkat karya baharu Bihzhu iaitu Jiwa Perkasa.
Menurut Bihzhu, Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Disebabkan tragedi itu menjadikan beliau teringat tentang semangat yang wujud dalam Jiwa Perkasa iaitu mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.
“Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bertemu dengan ramai orang tanpa mengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain. Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi. Saya menyanyikan sedikit lagu I Am Enough dan tiba-tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah Jiwa Perkasa” kongsi Bihzhu mengenai penghasilan karya terbaharunya.
Penghasilan Jiwa Perkasa yang mengangkat sifat harmoni dan semangat adiwira rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama seperti mana banyak karyanya telah menerawang didendangkan jauh sehingga ke Indonesia, Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang disertai.
Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu-satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single “Bright Veins” yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan didalamnya. Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.
Menerusi karya-karya yang dihasilkan, Bihzhu telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia) untuk kategori akhir menerusi “I Am Enough” pada tahun 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka.” I Am Enough” juga pernah memenangi ‘Song of the Week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Begitu juga lagu “Alive” yang turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.
Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka.
Let’s welcome Bihzhu..
“Wanita yang dilabelkan banyak penggemar bukan sekadar menyanyi tetapi sedang bercerita melalui karyanya”
Pautan ke muzik video dan sosial Media Bihzhu:
- Muzik video: https://youtu.be/EEe5t3KA6EE
Sosial Media:
Leave a Reply