‘AGUNGNYA CINTA’ INISIATIF KUTIPAN DANA AMAL UNTUK AKTIVITI KEBAJIKAN

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Yayasan UNITI yang terkenal dengan pelbagai gerak kerja amal bersama Afocus Media Ventures (AMV), Produser Media Islamik kontemporari. Kutipan dana amal ini adalah bertujuan menjana pelbagai aktiviti kebajikan kelolaan Yayasan UNITI.

IMG20221028162556 (2)

Antara aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijangka bakal mendapat manfaat daripada inisiatif Agungnya Cinta ini termasuklah:

  • Feet 4 Life-Pemberian kaki palsu percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia, dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd
  • 1 Keluarga 1 Graduan-Siri program pendidikan yang membantu memastikan sekurang-kurangnya seorang ahli daripada golongan keluarga B40 layak melanjutkan pelajaran ke IPT
  • Tuisyen Percuma-Program tuisyen percuma yang telah dijalankan sejak tahun 2010 untuk meringankan bebanan keluarga dengan membiayai sebahagian daripada kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik
  • Waqaf Tunai ASEAN Mall-Pusat beli-belah yang bukan saja membekalkan makanan HALAL dan keperluan penggunaan harian untuk masyarakat setempat, malah juga bertindak sebagai gerbang produk HALAL wilayah ASEAN

Sumbangan untuk inisiatif Agungnya Cinta boleh dibuat menerusi laman sesawang https://kac.amv.events/.

Penyumbang diberi pilihan sama ada untuk mengikut pakej yang telah ditawarkan atau membuat sumbangan mengikut kemampuan.

Konsert Agungnya Cinta (KAC2022)
Sebagai SATU nilai tambah kepada inisiatif ini, satu konsert dengan pengisian yang dinamakan Konsert Agungnya Cinta : Menyusuri Sirah Baginda akan dianjurkan khas untuk meraikan penyumbang.

IMG20221028160945 (2)

Satu sidang Media mengenai inisiatif  Agungnya Cinta ini telah diadakan bersama wakil media dan penulis blog di Wangsa Maju pada 28 Oktober lalu.

Dalam majlis itu juga, mereka dihiburkan dengan persembahan Kumpulan Miwarna dan Naim Daniel.

IMG20221028155328 (2)

Dalam konsert ini, riwayat hidup Rasulullah akan diceritakan semula dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid, diselang-selikan dengan alunan nasyid tentang kehidupan dan perjuangan Baginda oleh kumpulan nasyid tanah air seperti Raihan, UNIC, Mirwana serta Naim Daniel, di samping persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan dendangan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

agung 2 (2)

Butiran konsert:

  • Konsert Agungnya Cinta
  • 30 Disember 2022
  • 8.00 – 11.30 malamSime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

agung 3 (2)

Atas permintaan ramai, penjualan tiket yang lebih mampu milik telah dibuka. Kepada yang berminat, boleh layari https://www.ticket2u.com.my/event/29465?r=kacblogger untuk membeli tiket pada harga serendah RM88 sahaja,

Sebagai memenuhi permintaan peminat-peminat hiburan Islamik, konsert ini juga akan disiarkan secara langsung atas talian.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: