Tahniah diucapkan kepada KOPETRO atas pembukaan cawangan ArRahnukita yang julung kalinya dibuka pada orang ramai.
Cawangan ArRahnukita ini terletak di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Yang menariknya, pembukaan cawangan ArRahnukita itu bertetapan dengan Ulang Tahun ke-42 KOPETRO.
Maka, satu majlis perasmian dan sambutan ulang tahun telah diadakan pada 30 Oktober 2022 di lokasi cawanganArRahnukita. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zazali Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Turut hadir sama sebagai tanda sokongan terhadap perniagaan baharu yang diusahakan oleh KOPETRO ini adalah wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Perasmian ArRahnukita Cawangan Pertama
Istimewa buat Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dan pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000.
Perkhidmatan ArRahnukita juga dibuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa mahu pun kewarganegaraan. Bahkan atas sambutan yang cukup memberansangkan sejak mula beroperasi, ArRahnukita turut menawarkan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000. Ini terutama buat peniaga-peniaga, broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan wang tunai segera dengan menggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.
Bagi meraikan sambutan ulang tahun ini juga, satu Karnival Jualan turut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan serta meraikan tetamu serta pelanggan yang hadir,
Antara aktiviti-aktiviti menarik di Karnival Jualan ini termasuklah :-
- Ujian dan cucian emas secara PERCUMA
- Jualan produk-produk KOPETRO seperti LengQuas, minyak pelincir PETRONAS, pakej percutian dan pelancongan dari KOPETRO Travel
100 pengunjung PERTAMA menerima beg cenderahati manakala 20 penggadai yang membuat perkhidmatan pada hari pembukaan turut dihadiahkan dengan barangan ArRahnukita.
Majlis yang cukup meriah ini turut dihadiri oleh 200 pengunjung termasuklah peniaga-peniaga serta masyarakat setempat, wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga serta wakil-wakil Ar-Rahnu yang berada sekitar kawasan Lembah Klang.
Sambutan Ulang Tahun KOPETRO Yang ke-42
Satu pencapaian yang cukup mengagumkan selama 42 tahun KOPETRO ditubuhkan dan kini mengorak satu tapak lagi ke hadapan dengan membuka perniagaan ArRahnukita.
ArRahnukita akan membuka 3 lagi cawangan pada tahun hadapan dengan mensasarkan kawasan perniagaan di Ampang, Bangi dan Shah Alam sebagai kawasan pilihan.
Moga dengan penubuhan ArRahnukita ini dapat menjadi contoh kepada perkhidmatan pajak gadai yang lain dengan menawarkan perkhidmatan yang bukan sahaja dapat membantu mereka yang mengalami masalah kewangan bahkan mesra pelanggan.
Untuk info lanjut mengenai ArRahnukita boleh layari sosial media @ArRahnukita di Facebook ataupun Instagram atau menghubungi di talian 03-90559839 untuk sebarang pertanyaan.
Leave a Reply