Konsert ini menggabungkan rockers-rockers hebat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Bakal berlangsung pada 25 November, konsert hebat anjuran Aci Gold akan bermula pada pukul 7 malam di SMESCO Convention Hall, Jakarta, Indonesia dan menampilkan kugiran rock popular serta berpengalaman misalnya:
- Dari Indonesia-BIP yang dianggotai oleh Pay Burman (Gitar), Bongky Marcel (Bass), Indra Q (keyboard) dan Ipank Lazuardi (Penyanyi). Turut membuat persembahan adalah Pindad Rock Star, Erik & The Gotune yang dianggotai oleh Iwan Xaverius (bekas anggota Edane) dan Jhon Barhaend.
- Dari Malaysia-Pemain gitar legenda, Man Kidal (Search/Lefthanded), Lola (Dram-XPDC) dan Cliff Umar (Penyanyi-Project Pistol)
- Dari Singapura-Yazid (Penyanyi, BAss-Lovehunters)
Sebagai penganjur, Aci Gold mahu aktif menyumbang sesuatu kepada industri muzik Indonesia.
“Kami mahu menjadikan ‘Konsert Kolaboraci’ sebagai pentas buat pemuzik dan band serta menjadi destinasi hiburan muzik yang dinantikan masyarakat Indonesia”
Selain menampilkan band rock, penyanyi dan pemuzik berpengalaman serta popular dari TIGA negara, Konsert Kolaboraci juga sebagai salah satu destinasi hiburan yang dinantikan penonton. Ia juga sebagai pentas harapan buat penggiat muzik, peminat dan golongan peniaga yang sebelum ini terkesan akibat Covid-19.
“Pandemik Covid-19 hampir beransur pulih. Namun dalam masa kita masih perlu berjaga-jaga dan mematuhi protokol kesihatan. Industri muzik dan hiburan tetap perlu diadakan. Muzik tidak hanya hidup untuk penggiat seni saja, tetapimuzik adalah kehidupan bagi manusia. Muzik adalah cara kita melepas rindu”
Dalam usaha membina satu komuniti di Asia Tenggara, Aci Gold juga bekerjasama dengan koperasi tempatan, MyUBI yang mempunyai 3,000 ahli akan menjayakan Konsert Kolaboraci di Malaysia. Kedua-dua entiti ini bekerjasama dalam pelbagai bidang perniagaan di Timur Tengah yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Tiket pra-jualan berharga RM303 (VIP), RM152 (Tribune) dan RM75 (Festival) boleh dibeli secara dalam talian di www.kolaboraci.online
Bagi peminat band rockers di luar Jakarta, boleh menonton konsert secara dalam talian atau streaming pada hari sama. Tiket boleh dibeli pada harga RM15 di laman web sama.
Leave a Reply