Tahniah Lulu Grocer atas pembukaan cawangannya yang ke-6 pada 29 Oktober lalu.
Cawangan terbaharu ini dibuka di pusat beli-belah Toppen dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Noorazam Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru. Turut sama hadir adalah Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia, Nishad PA, Pengarah LuLu Malaysia, Asif MA, serta beberapa orang kenamaan dan pihak pengurusan tertinggi syarikat.
Sempena meraikan pembukaannya, LuLu Grocer telah mengadakan pelbagai tawaran pembukaan dan aktiviti menarik.
Antara yang menarik adalah:
Bermula 29 Oktober 2022 hingga 2 November, Lulu Grocer membuat tawaran barangan dengan potongan dan diskaun hebat bagi pelbagai barangan runcit dan segar.
Juga turut disediakan pemberian hadiah percuma kepada pelanggan terawal yang berbelanja di Lulu Grocer.
Pembukaan cawangan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Lulu Group di Malaysia. Apatah lagi, pasar raya ini terletak di lokasi strategik di dalam pusat beli-belah Toppen, Johor Bahru yang mudah diakses melalui lebuh raya dan jalan utama, serta kemudahan pengangkutan awam.
Berkeluasan kira-kira 27,500 kaki persegi, cawangan ini dijangka bakal menerima kunjungan pengunjung seramai 800,000 orang khususnya dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya, selain warga Singapura yang diketahui umum gemar berkunjung ke Johor Bahru untuk membeli-belah.
Sejajar dengan matlamat jenama LuLu Group untuk memberikan pilihan meluas barangan berkualiti tinggi dengan harga rendah, Lulu Grocer Toppen Shopping Centre menawarkan pelbagai produk jenama tempatan yang mempunyai pemintaan tinggi selain daripada produk luar negara yang diimport secara terus dari syarikat pengeluar global LuLu Group.
Apa yang menarik, cawangan ini juga bercirikan konsep peruncitan moden dan berteknologi tinggi bagi memastikan pelanggan yang datang dapat menikmati pengalaman beli-belah yang lancar dan selesa.
Kempen Beli Barangan Malaysia 2022
LuLu Group juga akan meneruskan penglibatannya dalam Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Inisiatif ini disokong oleh semua cawangan LuLu termasuklah cawangan baharu LuLu Grocer Toppen Shopping Centre. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kualiti produk keluaran tempatan sekali gus membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk terus berkembang maju, terutamanya bagi PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 ini terdahulunya telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bersama-sama wakil daripada LuLu Group.
Sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS
Lulu Hypermarket Malaysia sentiasa menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS serta komited dalam memberi peluang untuk sewaan ruang niaga di kesemua cawangannya. LuLu Group turut mengeksport barangan keluaran PKS ke negara-negara Timur Tengah. Sehingga kini, lebih 300 PKS berdaftar di bawah LuLu Malaysia. Dengan mengeksport barangan keluaran PKS Malaysia kepada LuLu Hypermarket seluruh dunia, LuLu Group membuka jalan kepada produk PKS untuk dikenali dengan lebih meluas dan berpeluang untuk ke pasaran global.
Leave a Reply